Sunday 28 December 2014

Masuk ke-22

Assalamualaikum.. 

Permulaan yang baik pasti akan diakhiri dgn perkara yang baik, Alhamdulillah. Perkara pertama dalam dunia ini adalah aku mahu kecapi keindahan bersama-sama keluarga yang aku paling cintai dan paling aku utamakan dalam apa jua keadaan. Yang pasti tidak semua perkara akan indah selamanya begitu juga sebalik yang tidak pasti akan gelap sentiasa.

Alhamdulillah, tanggal 25 Disember 2014, genap umur aku 22 Tahun (1992) aku dihidupkan oleh Pencipta, ALLAH S.W.T. . Bukan mudah dalam mengecapi segala rintangan yang aku hadapi untuk kekal di bumi Allah ini. Coretan kali ini aku perdalamkan perkara yang telah berlaku dalam beberapa hari ini yang mungkin tidak akan aku lupakan, dan jika aku lupa, post ini bakal menjadi saksi ntuk aku ratapkan sejarah hidup.. gtuh ayat dia wehhh~ Hahahaha..

Awal pagi hari ulangtahun kelahiran aku, aku mulakan dengan bermain futsal.. Hahahahah.. ni segala idea SUFI KAMIL yang keinginan berkobar untuk main futsal. so, sentiasa menjadi rutin, jika ada plan data internet, aku check in swarm. So, swarm adalah yang pertama wish birthday aku kot? ehhh~ Hahahahah.. 


ke tidak? Hahahahah tentulah tidak! Yes, Thaqiiyah Najiha adalah org pertama! Hehehehe.. Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dgn insan ini untuk kami bertukar pendapat dan meluahkan segala isi hati, tidak kepada perkara lepas ok. Hahahaha.. *k dah lupakan, kbai*

masa dpt wish drpd swarm, aku terkejut sbb pelik mcm mana dia tahu, then Pjot perasan. Dia tanya knp byk kali jugak, then bagitahulah harini (masa tu) hari lahir aku. terkejut muka dia sbb tak percaya, yelaaa tak pernah dia nak ingat tarikh lahir aku tu.. huhuhuhu btw, tak pernah salahkan atau apa2 pon mengenainya dan sebab itu juga aku suruh dia rahsiakan daripada member2.. thanks bro. 

Nest is wish from facebooktwitter, instagram & whatsapp.. Yeahhh, TERIMA KASIH tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang mengingatinya. Segalanya, inshaaAllah akan aku pahatkan dalam diri ini ntuk tidak melupakan kalian, inshaaAllah. 




Kemudian, perkara paling aku tk boleh lupakan, ini coretan dia! Hahahaha.. ketika waktu Maghrib, Syafiqah Aqilah datang rumah dan.... kau buat apa doh? Hahahaha.. tibe2 dengar suara org nyanyi lagu bufday, Ya Allah mmg aku tk boleh lupa dengan kejadian ini! Hahahaha.. 

Ini adalah SAHABAT kurniaan Allah kepada aku untuk berkawan dgn mereka dan kawan paling aku akan jaga dan sayang untuk selama aku masih hidup, inshaaAllah! TERIMA KASIH Syafiqah AqilahShahirahhHanifSyazwan sebab sudi bertandang ke rumah semata nak sambut bufday aku! Tapi dah alang2 aku punyer, konfem sambut sekali Hanif punyer! Tak terlepas woi! Hahahaha.. 








tengok tuh, kain pelikat jer aku dok rumah ni, sekali kene serbu, tk fikir apa dah, lantaklaaa~ Hahahaha.. Tapi sebenarnya ada sorang tk dapat datang katanya, ni haaa Amal! Balik kampung, alasan! Hahahaha.. tapi alhamdulillah sebab bagi mereka semuanya berjalan lancar dan 'payback' katakaooo.. Hihihihi apa2 pun, mintak maaf dkt dorang sbb tak dpt join sampai pegi dinner sama2 sebab ada famili dinner lps tuh.. Wuuuu~ T.T

Malam, apa jadi? Family Dinner woi! Hihihihih.. dinanti-nantikan.

Alhamdulillah, petang dihari kejadian, aku dah Whatsapp Tiny nak booking table kat Manhattan Fish Market Alamanda. Yes, semuanya berjalan dengan lancar dan paling aku ingin melihat dengan mata aku sendiri kegembiraan yang terukir diwajah mereka. Paling aku nanti2kan dan paling aku teruja. 



Alhamdulillah, kenyang! Rezeki Allah beri, kita makan selagi boleh. Tapi, sejarah jugak buat diri sendiri sebab makan nasi selepas 25 hari aku tolak. Hahahaha.. tapi, kene buat balik sebab nk kejar berat badan impian woi! hihihihi.. haaa, tak lupa TERIMA KASIH jugak kat Abey, Tiny, Chakoy sbb wish birthday aku kat sana. Gila malu dorang nyanyi kuat2, nak jadi apa wehhh~ Hahahaha.. 

Alhamdulillah, impian telah tercapai. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku didunia dan juga akhirat, suatu hari nanti. Ameen. 

*Permulaan bahasa agak sopan, dan akhir yang agak kelaut sikit.. hahahaha 

Maaf kalau ada typo ke bahasa tak faham ke dan segalanya, dan terima kasih sebab sudi baca. :)

Thursday 18 December 2014

Tuntas 2014

Assalamualaikum,

Mohon maaf segala salahnya, kerana kekhilafan diri ini dalam duniawi. aicehhh.. Yolo sgt! Hahahaha.. Jadi, bersesuaian dgn tajuk kat atas tu, nak merangkulkan segala isi 2014 ini. Yang pasti bukan semua aku dapat dalam wish list 2014, tetapi Alhamdulillah ada yang berpeluang aku kecapi, syukur Alhamdulillah.

Jika ikut hati, boleh mati.. katakaooo! tapi aku ikut hati nak upload semua gambar.. Hahahah.. mana mungkin seh! selepas tapi menapis gambar drpd suku tahun pertama hingga sekarang ni, adalah beberapa gambar dalam 20+ mungkin. Heheheh :)

Jadi kita mulakan dengan perkataan "biar gambar berbicara segalanya disini.." Hahahah..

Mula!



This is Kauntan, Pahang ! 
Alhamdulillah, dalam aku dok kerja + sembil belajar tika dan saat ini, aku lari ke Kuantan, Pahang untuk berjalan / acah2 backpakers gtuh! Hahahah.. sungguh acah2! Hahahah.. Alhamdulillah, selamat sampai atas bantuan Aiman Panjang a.k.a. Muhammad Aiman Che Hashim. Segala tindak tanduk aku kat sana dia tolong, Terima Kasih! 

Disebabkan ini adalah kali pertama, acah2 rancang nak jelajah #ThisIsPantaiTimur lah! Konon katakaooo! Kuantan, Pahang - Dungun, Terengganu - Kota Bharu, Kelantan .. tapi? haaa.. berdebar tk? Hahahaha.. Tapi hanya ke Kuantan dan Kota Bharu jer sbb Dungun tu tk sempat pergi. Lalu jer....sedih. Hahahah.. Sekian. 

Seterusnya!









This time, i was soooo fun! aihhh, speaking lak. Hahahah.. sebenarnya, memang daripada mula atau tahun pertama WYJF diadakan aku dah follow, so this time masih berjawatan sama iaitu Liaisor Officer (LO) kepada artis daripada negara seberang, Starlite! Easy to work with them and dorang sangat COOL! :)

and best part is dapat kenal lebih ramai lagi kawan kat sini, and lebih seronok walaupun yang lama ada tak join atas kekangan masa. takper, next time boleh cuba lagi.. eh next time boleh join lagi! Yeayyyy.. so, that is! Nak lagi? ok jom! *scroll bawah*

Nak Lagi!!!




Raya woi RAYA! Aidilfitri.
watlekwatduhhh! Hahahah.. this time, seperti raya2 sebelum nih, Bermula dirumah kemudian ke tempat kerjalah! kerejaaa kerejaaa! Hahahaha.. walaupun kerja time raya, kemeriahan aku kecapi kali ini agak puas hati dan Alhamdulillah berkat Ilahi aku dapat segalanya. Alhamdulillah.. ok next? tuh tgk bawah! Heheheh :)

Lagi dan LAGi!!!








This is Pulau Pinang !! 
Alhamdulillah, lagi sekali aku buat perangai untuk travel / bag packers, this time im not alone. Hahahah.. sbb ditemani oleh Peugeot (Pjot) a.k.a. Hafeezul Hakim Badrul Ezan. My best partner crime! Heheheh acah2! :)

best part dalam novel ni, aku sebenarnya nak buat jelajah utara semenanjung, daripada Perak - PulauPinang - Kedah - Perlis .. tapi terbantut sebab masalah kewangan, jadinya aku ceritakan segalanya kat Pjot. tup tup dok sembang, kemas kini kewangan masing2, kami buat keputusan dalam masa seminggu (melepak 5 malam berturut) dan pergi dalam masa 2 minggu. Segalanya caragas time tuh! Semangat katakaooo.. Hahahaha.. lebih lanjut boleh usha Journey untuk 3 post berturut cerita perjalanan KAMI. :) 

Next PLEASE!! PLEASE!!! Hahahaha.. 










Kita ke Krabi, Thailand weh!! :) #aimankekrabi
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku kesana selepas bertahun berangan nak ke luar negara, tk sangka plak ke sini! Hahahaha.. this time pon aku buat bag packers, dah laa first time aku naik kapal terbang ke luar negara, mmg risau tahap maha time uh, tapi aku? buat releks, tenang! Hahahah.. 

nak tahu tk apa jadi? disebabkan aku tk post kat blog fasal travel kali ini (sebab lupa, kihkihkih..) aku cerita kat sini. Alhamdulillah, tiada apa jadi, sebenarnya member aku 3 org tu dah pergi dulu tinggalkan aku, tu yg aku risau sbb dorg pegi dulu, dan aku plak ketinggalan kat sini. Hahahaha.. tapi, syukur sbb tiada sebarang kecelakaan berlaku. well, jika nk ke sini lagi, inshaaAllah boleh sbb dah tahu sikit2 fasal kat sini.. hehehehe :)

dan, akhirnya aku berjaya jugak ke sanaaaa! KRABI, Thailand! :)

Alhamdulillah, itu adalah antara benda yang paling best dan menarik buat aku sepanjang tahun DUA RIBU EMPAT BELAS, alhamdulillah syukur juga tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tahun ni. Hanya kemalangan kecil yg tidak berlaku sebarang pertumpahan darah.. SYUKUR! 

So, aku rasa ini adalah post paling panjang penah aku cipta dan buat! Hahahaha.. well, apa2 pon terima kasih sbb sudi membaca. Paling penting adalah Habluminallah, habluminannas.. :) Bye, Assalamualaikum! :)

  • kalau ada typo tu, maaf. Hahahahah.. :D



Monday 10 November 2014

Teman

Menangis! Menangis! Menangis!

sumpah, aku tk pernah nk kuat hadap bnde alah ni. Ya, benda ringan jer, fasal member jer, apasal amik kesah sgt? Bodoh! hmmm ntahlah. aku tk tahu nk ckp camne dah. speechless

aku dh penat sial nangis fasal member, lepas yg ini, yg itu pula, lps itu, yang ini pulak. hmmm sayang aku kat member lain mcm bhai. baik laki2, atau pompuan. mungkin mereka2 jugalah girl/boy fie aku selama aku hidup? mmm ntah.

yang pasti, mmg aku mudah cop someone tu ntuk tahap berkawan spya aku tidak terlalu berat sebelah dlm menjalin silaturahim, tp ak mudah sayang pd member tu just like that. apasal tah, aku sndri masih mencari jawapan. pedih

bila aku cop mohor 'maharaja' pd someone, mest akan berlaku sesuatu yg hingga aku sndri terpaksa backoff dan beri laluan ntuk pastikan dia tidak rimas dgn kehadiran aku dlm hidup dia. well, thats my way.

aku tanak mudah2 ntuk cop member sbgai 'kawan baik' sbb ak pernah d tinggalkan dek masa krn dia pergi mengejar menara gading jauh kehadapan tinggalkan aku. REDHA itu ak genggam ntuk pastikan tidak berlaku pisang berbuah dua kali dlm hidup aku.

bila aku cop 'adik beradik', hmmm pedih dia cam sial. nk sembang braderhood bagai sume, tp bila nk buat something tk penah nk khabor, camtu ke braderhood? terasa. dalam. sakit. siapa rasa siaa? yelaa, aku sedar sbb ak insan paling sukar d fahami.

jujur, aku masih tk kenal dan hilang punca dlm hidup, tp ak juga cuba explore dunia fana ini supaya ada sekapala dlm pelbagai aspek. GAGAL. sokey, Allah tk beri rezeki lagi lah tu, atau mmg takkan ada smpai tiba ajal. takperlah.

Yang penting lagi pasti, aku SAYANG teman aku. dan wang bukan kertas ntuk aku peroleh teman susah senang. Ya Allah, semoga kau pertemukan aku dgn kawan yg boleh aku cop yg terbaik dan sekepala dgn aku sbb aku adalah insan yg memerlukan someone yg bole fahami aku. Please

Thursday 9 October 2014

Saya Peminat

Salam Sejahtera!
Wow, lama sgt tak post anything kat sini. Last update fasal customer service, lumrah dunia kan. So, apa citer Malaysia kini? so many bad things happen meh.. well, this is Malaysia. Colourful! Hahahahah..
arini nak sembang sikit fasal bola sepak boleh tak? sedia maklum, aku peminat Chelsea FC, dan itu tk dpt dinafikan lagi. Tapi, ntuk kelab tempatan, ak peminat Selangor FA. walaupun lahir kat KL. Hahahah well, u dont know me. Different!
Yes, aku minat Selangor FA ni since zaman Alyelboy *kot nama dia, tk reti eja* dgn sapa tah pemain Indonesia waktu uh jadi STAR buat Selangor FA. Meriah tk terkira kot! Waktu tu BANGGA gila sokong team Selangor FA.
tapi, itu semua kenangan demi kenangan yg terpahat menjadi sejarah buat bola sepak Selangor. Yang indah semuanya dulu, yg terbaik drpd kalangan terbaik semuanya dulu. Best team yg jarang dikalahkan itu semuanya dulu.. ke mana tah pergi sekarang.
Sekarang? sentiasa menjadi isu hangat d media, sering seri dan paling pedih kalah tk bermaruah. Apa jadi dgn pembangunan bola sepak Selangor? Mana pergi kegemilangan dahulu? Serius, walaupun aku bukan peminat tegar sehingga sanggup mati, tapi aku rindu kegemilangan dahulu!
Pasukan yg sering d geruni, itu semua dulu. Sekarang? Cincai je mehhh.. lawan team Liga Perdana pon berkeadaan was was nak menang! aku fan yg biasa2 pon kecewa tahap gaban, apatah lagi fan yg 'gila-gila' tuh? come on Selangor FA, please change for your fan.
Fan Selangor FA paling ak respect! Terbaik dari ladang Malaysia babe! tiada gentar ntuk lawan dan chant bersama. Pernah tak Pengurusan FAS pandang semua ni? Dengar pandangan peminat Selangor FA? ntah laa labu. kalau aku jadi kepala Pengurusan FAS, mmg aku 'buang' segala makhluk yg wujud dgn penuh korupsi!
Korupsi PUNCA segalanya, apatah songlap yg ada d kalangan org dalam. Alaaa, pedihlah gni woi. Yg jadi mangsa, peminat dan pemain (terutamanya). Mohon berubah demi pembangunan bola sepak, bukan buat Negeri Selangor SAHAJA, tapi buat Negara Malaysia (Harimau Malaya).
Bola Sepak is part of my life, part of my entertainment. Please be profesional and matured. Ingat kesan kalau nk buat bnde buruk. Jangan PENTINGKAN DIRI sgt! Peminat menderita, pemain menggila dgn situasi. Ingat dan faham tuh!

Monday 29 September 2014

KESALAHAN YANG INGIN DI TEGAKKAN!

Kami hanyalah seorang pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi anda layan seperti kami pekerja yang membuat kerja teruk, sehingga nak maki hamun bagai semua. Kami hanya akan menghujahkan kata jika berlaku kesalah seperti yang telah ditetapkan, tetapi apa salah kami jika anda buat salah? anda langgar peraturan?

18 TAHUN DAN KE ATAS
Jik sudah terang lagi disuluh, kenapa nak menafikan? sudah terang peraturan begitu, lagi dimaki kami jika kami menghalang. bukan suka hati kami nk tahan, tetapi perkara telah ditetapkn. Jika tidak berpuas hati dgn peraturan sedia ada, boleh mengadu di tempat berkenaan, bkn hina, maki kami yang hanya menjalankan tugas.
kami cuma jalankan tugas, lagi pula jika benar kami salah, buktikan kami salah. buka hanya secara lisan mahu mendebatkan perkara yang hanya besar zahrah sahaja, dan mampu diselesaikan jika sebelah pihak dengan keadaan dan peraturan sedia ada. lagi memeritkan, anda menunjuk perilaku/belang sebenar dpn anak kecil, atau yang sedang membesar, tidakkah itu akan menjadi tauladan ntuk mereka mengikut jejak dgn perkara telah terjadi? think before act.

MAKANAN & MINUMAN DIBENARKAN
Kami sedar, bukan hak kami untuk menidakkan benda yang anda telah beli, tetapi jika berada dikawasan atau dalam dewan pawagam, makanan & minuman luar tidak dibenarkan kerana isu yang saya pasti anda tidak akan faham, bila kami menerangkan secara baik dan teratur, anda herdik kami seolah kami curi makanan dan minuman anda. dimana sifat kemanusiaan apabila berhadapan dgn kami? kenapa semuanya seolah menjadi binatang yang tiada perasaan?
tidak menjadi suka-suka buat kami ntuk menahan, kadang kala kami memberi kelonggaran, kemudian hari anda pijak kepala dgn kata hari lepas bagai semua, tengok?! kami manusia, bukan robot yang boleh ingat masa lampau dan recall balik semua benda, dan kami hadap bukan seorang dua dalam masa sehari, beribu, malah puluh ribu sehari. kenapa tak pernah faham kami yang hanya memerlukan mengikut peraturan yang sedia ada?

*segalanya kisah di Pawagam, bukan tempat aku sahaja, tapi semua lokasi. bukan mengemis kami pinta, cuma mohon faham keadaan yang kami layan bukan seratus, dua ratus orang, tapi beribu sehari. sbb itu kadang kala muka masam terbit krn perkara2 ini terjadilah. mohon faham. itu sahaja.
Sekian. terima kasih.

Friday 26 September 2014

Sembang Jumaat

Salam Jumaat..

Hi, lama dah tk update ni. komitmen bajet busy agak! Hahahaha.. so topik kali ini adalah ntah laa nk citer pasal apa. so? tibai jelaaa.. Hahahah

berkaitan dgn tak tahu ni, setiap manusia melaluinya, d persimpangan, dilema membuntukan dll, tp pernah tk kita takut dgn pilihan yg bakal d buat? pedih kan.

tapi, apa salahnya jika mencuba, dan sekurangnya kita belajar drpd kesilapan. senarnya, pilihan yg perlu d buat adalah ntuk memastikan perkara yg baik dan benar d masa akan dtg, mohon pegang ayat itu.

jika kita tk membuat silap, kita tidak akan belajar sesuatu yg baru krn sifat yg benar shj kdg kala tidak boleh d guna pakai. kali ini tiada sebaliknya. jadi, membuat penilaian yg besar tu adalah penting.

so, ni jelaa kot ntuk entry kali nih. mohon percaya kpd Allah, yakin kpd Allah, dgn izinNya, Dia akan menunaikan segala permintaan Nya.

Wednesday 10 September 2014

Dunia Senang.

Hola!

tiada kata seindah bahasa, yes! Intro yg tk berapa berkesan sgt lah kot. Hahahahaa.. sejak ada apps blogger at phone, senang ckit lah nk update blog, kalau tk, malas tahap dewa kot nk bukak laptop bagai sume. Hihihihih..

apa apa pon, kenangan itu pasti ada cerotan tersendiri d mana setiap manusia melakar dgn warna warni, jadi terpulang juga kepada individu itu mahu menggunakan warna apa dan seterang mana sekali pun.

bukan mudah untuk lalui rintangan dan cabaran yg kini semakin 'menggila' dgn dunia kesenangan a.k.a. teknologi yg memudahkan insan drpd pelbagai aspek, bahkan perkara ini juga tidak dpt dinafikan lagi oleh org zaman dahulu kala.

tapi siapa perduli semua itu kerana selagi boleh senang, selagi tu boleh jimat masa dan sebagainya, itu adalah positif. bagaimana pula sebaliknya? negatif. yg mampu merosakkan insan dan iman yg sentiasa bertaqwa kpd Allah s.w.t., ntahlah.

bagi aku, semuanya terpulang kpd individu dlm mempertahankan diri drpd anasir negatif. Jaga diri, jaga iman dan ingat ibu bapa, inshaaAllah akan ingt Allah juga. tuh, celoteh tah ingat ke tidak. hahahhahha.. ayat serius jer dorh.

apa2 pon, terima kasih krn sudi baca. Sekian.

Tuesday 9 September 2014

Journey to the Pulau Pinang.

Assalamualaikum, hello!

tuh, intro acah2 cute. kononnye laaa! hahaahaha.. so, nak smbung lg citer smlm, tk habis lagi ngoi. Hehehehe.. mana tk nye, sembang biasa2 bole lah, nih nk tulis, lain ckit jadinya. Hihihihih..

lps dok sembang2 dgn Pjot, kitorang decide nk jln lagi at Night Market, yelaaa sbb tadi jln tk sempat beli apa2, sbb tk rasa nak beli. tuh, terus jalan dan berjalan sampai lah jmpe kdai brg nk d beli..

lps siap sume, tggu bus plak nak balik ke hotel. dlm perjalanan tuh, alhamdulillah semua okay. dan! sekali lagi lepak dulu sblom balik hotel. Walaupun penat tahap apa dah tuh, gagah jugak lepak. Yelaaa, bkn selalu dpt wat gni kan.

habis lepak sume, hmmm balik hotel dgn keadaan sgt letih, btw, since Pjot dh tahu aku penat sgt, die cuba cheer me up, yelaaa kang tgh2 jln nk ke hotel aku shutdown plak. Hahahaha tk memasal nk seret aku.

Sampai hotel jer, tuh terus amik gmbr bilik d kala mlm hari. Yelaa, baru makeup bilik katako. Hehehehe.. sekian2 dh selesai, terus mandi weh. tak tahan dgn bdn peluh bagai sume tuh. Akhirnya! Selesai ntuk satu hari tuh. Alhamdulillah.

so, thats the story. apa2 pun, sgt seronok dgn Pjot sbb dia tahu apa dia buat dan aku rasa dgn travel ni nmpk dia matang sikit dan aku akan rindu dgn perkara yg kitorang lalui. Percaya atau tidak, aku dah pon rindu.

tuntasnya, aku happy dan tk sabar nk buat lagi! Yeaayyyyy..

Monday 8 September 2014

Journey to the.

Satu Hari ada, Pagi, Tengahari, Petang, Senja dan Malam, Haaaa tkde apa pon, tuh lah intro ntuk post seterusnya. Hahhahaahaa..

sambungan post sebelom nih,

tuh, beria sgt nak citer kan, hamik kau.. tk sbr dia cam apa dah nih.. hihihih.. lps pegi Penang Hill, kitorang decide lah nk pergi Penang Street Art, beria tanya org sana camne nk g sana.. Yelaaa, tanya lah kn..

pompang pompang, tuh tk jmpe jugak.. beria dok jalan tanpa hala tuju, pedih.. jalan jer tk tahu nak g mana. end up, cari bus jugak. terpaksa lah naik n henti kat mana2.. yelaaa, sbb dah tak tahu sgt keputusan nak buat apa.

last, henti jugak kt area Little India. tuh jalan dia, penuh dgn kaum dia. yelaaa, tuh jelaa tmpt dorang nk beli belah.. but, tmpt tuh sgt menarik sbb warna warni dan meriah! Haaa, kitorang pon jalan jelaaa.. jalannnn.. jalaaaaaan.

tibe plak, nampak OldTown, tuh lepak terus sbb penat berjalan. Minum n makan ntuk alas perut jelaaa.. kan. Alhamdulillah, terus lg jalan sampai ke Padang Kota Lama, nice place to hang out w family n friends.. Yes, tmpt best. ctuh lepak lama ckit. Haaaa, sembang2 kosong oooo kosoong. k. hehehehehee..

masa nak belah tuh lalu dpn MPPP, tuh motor besaq tgh dok kumpul ntuk konvoi aman Palestine.. kesempatan usha2 motor ler. hehehehee.. sama jugak konvoi drpd kelab keter HondaCivic. n last tggu bus pergi ke Batu Feringgi plak. tuh, tk sabar woooer.. hehehehh..

sampai sana lbih kurang nk malam jugak, so bile g sana baru tahu penah pegi dulu! Haaaa, apa lg, buat Fish Spa ler. Hehehheh.. tuh, tmpt yg sama aku buat dlu n thats the 2nd time buat! Yeaayyyy.. Hehehehee.. this time pjot ada, tgk dia menggelupur sbb geli dgn ikan tuh.. Hahahahah..

masa ctuhlah jmpe org Bahrain, tgh dok melancong around Malaysia, die pon ngadoi buat Fish Spa, hokeyyy.. heheheheh sbb die tgh tggu turn nk mengurut. Wuuuuit! Hehehehee..  tuh, sejam jugak lah rendam kaki tuh.. aishhh.. heheheh..

last2, dah siap sume jalan at night market plak, Yeaayyyy.. saat d nantikan. jalan dan terus jalaannnn.. terusssss jalan. lps uh lapo! terus makan, dinner time! ctuh lah lama ckit sembang lepak lama dgn Pjot. segalanya terbit. bkn cinta, tp pendam diam selama nih.

tp kn, aku rasa cm dah panjang sgt jer dok citer nih.. kang bosan lak.. k laa, nt sambung lg. kan, panjang citer dia. hahahhahha.. semoga Allah merahmati kalian. thanks for read this. Byeeee..

Sunday 7 September 2014

Journey.

Syukur! Alhamdulillah!

tadi, tepat 1820 kami tinggalkan Pulau Pinang, tuju ke Penang, alhamdulillah selamat sampai. tapi tuh lah, penat jugak berjalan sambil bawak beg guni ni haa.. Hahahaha..

so, citer semalam apa jadi ek? tuh! penat tahap apa dorh.. hahhaha.. mana taknya, kami banyak berjalan dan SESAT! Hahahaha.. apakan daya, bukan org tempatan walaupun Malaysian.

first, pergi breakfast. okay, not bad. lps uh mula kan perjalanan dgn pergi ke KOMTAR jln kaki bhai! Rekod! Hahahhaha.. (rekod buat kami jelaa.. huhuhuh) so, perjalanan kami bermula d Penang Hill (Bukit Bendera).

tuh, kat sana Pjot jumpe Hazel Grace dia! Hahahah.. beria dok amik gmbr dgn bersembang, end story psl nih, Pjot kene 'sekolah' dgn dia. Hahahaahaa.. tkper Pjot, kita belajar dan nih laa life kita. Berjalan smbil belajar.. hehehehew. (gelak sinis)

ntuk trip seterusnya plak, hmmm tk rasa cam nk update skrg sbb masa cemburui kita woi.. Hahahahah *poyos* ok have a great day. Byeeee..

sekian.

Friday 5 September 2014

Rezeki Allah kpd hambanya.

Salam daripada Pulau Pinang!

nak citerlah kan, ini 2nd trip aku pergi jalan atau vacay tanpa famili atau kaum kerabat. Alhamdulillah, dis time ada peneman, w my fav person!

Hafeezul Hakim b Badrul Ezan.

alhamdulillah, selamat sampai and semuanya rancangan tanpa d duga, katako aku pertama kali naik kapal terbang, tuh, nasib baik tk kene tinggal sbb smpai gate lmbt!

tp syukur, rezeki Allah SWT nak beri aku sampai sini. Alhamdulillah! kan, pagi2 kene lari cam citer amazing race kot! Hahaahaha.. tp apa2 pun, syukur sgt2! Rezeki Allah dah kasi, Allah izinkan jugak aku sampai.

dah sampai sini pon, masih blur tk tahu apa2 psl Pulau Pinang a.k.a. Pulau Mutiara! naik rapidPenang, sempoi naaa! thankslah pakcik2 bus, tunjuk jalan, layan karenah tk phm bahasa. Hahahhahaa..

sekian ntuk harini.. in shaa Allah esok sambung lagi. #^_^

Wednesday 3 September 2014

realiti bukan mimpi

pernah seketika, aku sakit batin. kuat sakit aku tu, makin kuat aku untuk terus hidup. tapi kalian? tuh, terus menerus pergi tanpa endahkan aku yang sakit batin, tenat woi tenat! 

perdulikan mereka berkata, hanya mampu mengiyakan segala tindak tandus korang buat, aku kan pak turut. haktuilaaaa woi! segala bicara, kata2 dan sebagainya termasuk aksi korang aku perlihatkan sahaja tanpa mampu bicara krn korang kepala segalanya! ok.

pada tahap suatu ketika batin aku tidak tertahan untuk menahan, aku menangis. menangis terus menangis. menangis. menangissss.... kerana korang. pun! masih korang tidak endahkan. ok. aku sabar. terus sabar. dan paling sakit untuk buat keputusan. keputusan apa? hmmm.. 

keputusan untuk tinggalkan korang dgn hilangkan diri. sakit juga untuk buat, tapi hakikatnya itu yg terbaik drpd terus begini. meratap dgn menangis dan bersabar terus sampai bila? kiamat? tak boleh! hidup kene move on! itu pedih, pedih weh... menangis lagi. lagi dan lagiiii... 

pedih pada peringkat awal, lama kelamaan itulah dia! akhirnya! walaupun seketika di beri ruang dan peluang. guna sebaik mungkin sahaja, itu. kemudian, kembali hilang. biar d mata hilang, bukan di maya. itu cara aku. tapi, masih jua tidak mendatangkan hasil? hasil? masih mengharap ke? jawapan, Ya! 

siapa nak hilang mereka, aku pun tanak! itu pada hakikatnya, tapi aku? hmmm.. entah, sepertinya tidak mampu tangani hakikat, kalah pada hakikat. itulah aku. kalah.. terus kalah.. dan kalah. kemudian masa, terus berlalu tanpa sedar dan celik mata, sudah berbulan buat lupa dan seperti mendapat life baru, fresh dan terbaik.

Tuesday 2 September 2014

Perkenalan.

Salam Perkenalan,
sekian lama aku bisu,
yang lama aku tinggalkan.

Yang baru aku cipta,
bukan ntuk tujuan lain,
cuma mahu lebih baik.

Salam rindu buat lama,
salam baik untuk baru,
Salam semua.

Assalamualaikum, 
harapan tinggi kepada kalian,
jangan tanda aku.

*tuh, salam cam sembang padia wehhhh~