Thursday 18 December 2014

Tuntas 2014

Assalamualaikum,

Mohon maaf segala salahnya, kerana kekhilafan diri ini dalam duniawi. aicehhh.. Yolo sgt! Hahahaha.. Jadi, bersesuaian dgn tajuk kat atas tu, nak merangkulkan segala isi 2014 ini. Yang pasti bukan semua aku dapat dalam wish list 2014, tetapi Alhamdulillah ada yang berpeluang aku kecapi, syukur Alhamdulillah.

Jika ikut hati, boleh mati.. katakaooo! tapi aku ikut hati nak upload semua gambar.. Hahahah.. mana mungkin seh! selepas tapi menapis gambar drpd suku tahun pertama hingga sekarang ni, adalah beberapa gambar dalam 20+ mungkin. Heheheh :)

Jadi kita mulakan dengan perkataan "biar gambar berbicara segalanya disini.." Hahahah..

Mula!



This is Kauntan, Pahang ! 
Alhamdulillah, dalam aku dok kerja + sembil belajar tika dan saat ini, aku lari ke Kuantan, Pahang untuk berjalan / acah2 backpakers gtuh! Hahahah.. sungguh acah2! Hahahah.. Alhamdulillah, selamat sampai atas bantuan Aiman Panjang a.k.a. Muhammad Aiman Che Hashim. Segala tindak tanduk aku kat sana dia tolong, Terima Kasih! 

Disebabkan ini adalah kali pertama, acah2 rancang nak jelajah #ThisIsPantaiTimur lah! Konon katakaooo! Kuantan, Pahang - Dungun, Terengganu - Kota Bharu, Kelantan .. tapi? haaa.. berdebar tk? Hahahaha.. Tapi hanya ke Kuantan dan Kota Bharu jer sbb Dungun tu tk sempat pergi. Lalu jer....sedih. Hahahah.. Sekian. 

Seterusnya!









This time, i was soooo fun! aihhh, speaking lak. Hahahah.. sebenarnya, memang daripada mula atau tahun pertama WYJF diadakan aku dah follow, so this time masih berjawatan sama iaitu Liaisor Officer (LO) kepada artis daripada negara seberang, Starlite! Easy to work with them and dorang sangat COOL! :)

and best part is dapat kenal lebih ramai lagi kawan kat sini, and lebih seronok walaupun yang lama ada tak join atas kekangan masa. takper, next time boleh cuba lagi.. eh next time boleh join lagi! Yeayyyy.. so, that is! Nak lagi? ok jom! *scroll bawah*

Nak Lagi!!!




Raya woi RAYA! Aidilfitri.
watlekwatduhhh! Hahahah.. this time, seperti raya2 sebelum nih, Bermula dirumah kemudian ke tempat kerjalah! kerejaaa kerejaaa! Hahahaha.. walaupun kerja time raya, kemeriahan aku kecapi kali ini agak puas hati dan Alhamdulillah berkat Ilahi aku dapat segalanya. Alhamdulillah.. ok next? tuh tgk bawah! Heheheh :)

Lagi dan LAGi!!!








This is Pulau Pinang !! 
Alhamdulillah, lagi sekali aku buat perangai untuk travel / bag packers, this time im not alone. Hahahah.. sbb ditemani oleh Peugeot (Pjot) a.k.a. Hafeezul Hakim Badrul Ezan. My best partner crime! Heheheh acah2! :)

best part dalam novel ni, aku sebenarnya nak buat jelajah utara semenanjung, daripada Perak - PulauPinang - Kedah - Perlis .. tapi terbantut sebab masalah kewangan, jadinya aku ceritakan segalanya kat Pjot. tup tup dok sembang, kemas kini kewangan masing2, kami buat keputusan dalam masa seminggu (melepak 5 malam berturut) dan pergi dalam masa 2 minggu. Segalanya caragas time tuh! Semangat katakaooo.. Hahahaha.. lebih lanjut boleh usha Journey untuk 3 post berturut cerita perjalanan KAMI. :) 

Next PLEASE!! PLEASE!!! Hahahaha.. 










Kita ke Krabi, Thailand weh!! :) #aimankekrabi
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku kesana selepas bertahun berangan nak ke luar negara, tk sangka plak ke sini! Hahahaha.. this time pon aku buat bag packers, dah laa first time aku naik kapal terbang ke luar negara, mmg risau tahap maha time uh, tapi aku? buat releks, tenang! Hahahah.. 

nak tahu tk apa jadi? disebabkan aku tk post kat blog fasal travel kali ini (sebab lupa, kihkihkih..) aku cerita kat sini. Alhamdulillah, tiada apa jadi, sebenarnya member aku 3 org tu dah pergi dulu tinggalkan aku, tu yg aku risau sbb dorg pegi dulu, dan aku plak ketinggalan kat sini. Hahahaha.. tapi, syukur sbb tiada sebarang kecelakaan berlaku. well, jika nk ke sini lagi, inshaaAllah boleh sbb dah tahu sikit2 fasal kat sini.. hehehehe :)

dan, akhirnya aku berjaya jugak ke sanaaaa! KRABI, Thailand! :)

Alhamdulillah, itu adalah antara benda yang paling best dan menarik buat aku sepanjang tahun DUA RIBU EMPAT BELAS, alhamdulillah syukur juga tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tahun ni. Hanya kemalangan kecil yg tidak berlaku sebarang pertumpahan darah.. SYUKUR! 

So, aku rasa ini adalah post paling panjang penah aku cipta dan buat! Hahahaha.. well, apa2 pon terima kasih sbb sudi membaca. Paling penting adalah Habluminallah, habluminannas.. :) Bye, Assalamualaikum! :)

  • kalau ada typo tu, maaf. Hahahahah.. :D



No comments:

Post a Comment