Wednesday 12 August 2015

bicara melalui persisiran amarah, sedih.

Assalamualaikum!

berkata melalui penulisan ini sekadar pandangan, bukan menunding jari kepada sesiapa. faham itu?

melalui perihal yang telah berlaku, mungkin lepas, kini atau pada masa akan datang, bukan kita sebagai golongan marhaen yang mampu menentukan dengan sekelip mata untuk perubahan dan pembaharuan dalam dunia pentadbiran negara, dalam ekonomi negara dan sebagainya yang berkaitan dengan Malaysia.

tetapi dimanakah kita untuk membuat semua ini? entah.

sebagai idea dan buah fikiran aku, sentiasa memikirkan perkara-perkara akan datang dan kadang kala mikirkan jauh nun sana apa patut dibuat dans sebagainya. tetapi kini itu bukan menjadi pandangan masa hadapan aku, kerana apa? keadaan semasa yang tidak menentu dan sentiasa berubah. kepada baik atau buruk? boleh jawab sendiri.

aku, golongan yang tiada kerjaya tetap. bukan ingin sentiasa mengeluh dengan keadaan semasa negara, bukan ingin sentiasa menunding jari kepada sesiapa, bukan ingin sentiasa membuka masalah dan melebarkan masalah. tetapi insan yang sentiasa tersepit dengan keadaan semasa, keadaan ekonomi yang sentiasa pesat (menjunam ke menaik? fikir.).

Bertarikh 11 Ogos 2015, Jam 8PM, mata wang negara RM 4 = USD 1.

Bertarikh 11 Ogos 2015, Jam 815PM, mata wang negara RM 3.99 = USD 1

bagi aku, kenyataan diatas tiada makna. masih sama. mata wang kekal jatuh dan terus menusuk dalam pemikiran aku, " ekonomi JAHANAM lepas nih! " bukan apa, kebiasaanya average mata wang adalah 

RM 3 - RM 3.40 = USD 1 (mengikut analisis aku, kalau silap mohon betulkan. TerimaKasih)

ini juga kekal untuk tempoh beberapa tahun. 

Kenyataan aku bukan untuk hentam sesiapa, tetapi janji dan jaminan oleh Kerajaan Malaysia sendiri, pentadbiran negara sendiri yang janjikan pelbagai kenikmatan dan keindahan yang bakal dimiliki selepas ini. ternyata perkhabaran itu ' indah khabar daripada rupa '. apakah? sampai ke mampos risau aku nak percaya. pemikiran manusia mungkin lain-lain, tetapi pemikiran aku ini hasilnya.

aku manusia, golongan marhaen dan tiada kerjaya yang tetap. itu adalah aku. tetapi ekonomi kini menjadikan aku lebih hati-hati dalam setiap langkah dan dalam setiap hari aku lalui perlu peka dengan keadaan sekeliling dan ekonomi demi menjamin langkah setapak besar aku untuk masa hadapan tidak hancur dimamah ekonomi masa kini.

penulisan ini mungkin tidak mendapat perhatian, tapi aku percaya ramai golongan seperti aku senasib dengan aku 'mungkin' akan mendokong kenyataan aku ini. Semoga Allah merahmati kalian. Yang terlibat menjahanamkan, yang tak terlibat juga semoga Allah memberi dan melimpahkan segala Rahmat dan Hidayah-Nya untuk kembalikan kegemilangan. Ameen.