Thursday 18 February 2016

strangers to travelmates.



Assalamualaikum!

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Semua!

aicehhh! Heheheh.. since aku tak updated for almost 2 months, aku nak mintak maaf ler kat korang buat pembaca. Bukan apa, bahan yang tak mencukupi untuk dijadikan tatapan buat semua. Maaf semua! ok dah tamo majok! Hahahaha *pak kau lah nk majok bagai sume!* hiks

ok. untuk kali ini, aku nk shared psl Itinerary aku trip ke......... Thailand! ding dong ding dong! Hahahahah.. ke mana je? Haaa benda nih siapa ada follow aku kat twitter, instagram, moment atau facebook, mesti tahu ke mana je aku pegi. Hehehehe.. kan? lewlz

KUALA LUMPUR - HATYAI - PHUKET - AO NANG, KRABI - KUALA LUMPUR




haaa, untuk kali ni aku sebenarnya tak percaya jugak sbb agak last minutes nak join trip nih, lepas tuh pulak dah lah dengan org aku tak kenal. kau rasa?! Hahahah! aku agak kaku sebenarnya dengan keputusan nak dibuat, well apakan daya, demi pengalaman ku hadapi jua.. aicehhhh! Heheheh..

dah satu hal trip last minutes dengan pergi org tak kenal, kesah pulak matawang waktu tu agak rendah dengan bajet kitorang jugak waktu tuh amat rendah, memang seminima yang boleh. well, RM650 adalah bajet kitorang ntuk pergi ke-3 tempat tuh. PADU WOI! Hahahahah!

so, lets start our journey! Bismillahirrahmanirrahim...

.................................................................................................................................................

13/1/2016
  • BUS MYR44 (KL-ALOR SETAR) ETA 6hrs. Arrived on 5:45am

14/1/2016
  • TRAIN MYR17 (ALORSETAR - HATYAI) ETA 2hrs. Arrived on 12:30pm 

  • Berhenti dekat KTM PADANG BESAR (Cop Immigration)

  • Tuktuk dari station - Hotel (Free)
  • Hatyai Train Station. 


  • Driver tuktuk (AhMeng) bawa pergi. AngelTravelService deal transport untuk ke Phuket
  • Hatyai - Phuket + AoNang - Hatyai (THB1550-KL) (THB1400-BUTTERWORTH)
  • Check in hotel (Hatyai Merridien Hotel THB2100/6pax (1night) + THB400 deposit (sebab taknak bg passport original)

  • Tuktuk from Hotel - Asean Night Bazaar - Hotel (THB40/pax)



  • Activity sendiri (tidurlah apa lagi)

15/1/2016
  • Van from Hatyai - Phuket Town(9am) ETA 7hrs. Arrived on 4:00pm. Perjalanan sangat jauh sebab ikut darat. 


  • Check in at Journey Guesthouse. 2nights THB2600/6pax. Wifi available. Include breakfast. 
  • Dinner at Talad Kaset 15mins walking from guesthouse. Dinner utk 6 org THB550


16/1/2016
  • Sarapan pagi roti bakar + nescafe O. (Self service). 
  • Sewa motor utk 1 hari. THB300/1 motor. THB900/3motor. (Agak sakit hati sebab semua motor yg kitorang dapat takda minyak). Btw, harga petrol utk 1 liter dekat Thai ni mahal. 
  • Merempit dari guesthouse pergi ke WatChaLong Temple. Ride dalam 30mins dari guesthouse. Petrol THB40. 

  • Lepas tu ride ke BigBuddha Temple. The most attraction in Phuket. Ride dalam 20min dari WatChaLong tu. (Kwasan big buddha tu masih under construction. Katanya untuk menambah patung2 buddha kat situ)

  • Dari top hill boleh nampak pantai2 area Phuket. View dia mmg best + angin kuat masa dekat atas tu. 
  • Pukul 4 petang kitorang ke Patong Beach. Sebut je Patong mesti tau kan apa the most attraction. HAHAHAHAHAHAH. 
  • PatongBeach mmg ramai foreigner mat saleh berjemur tengah panas. Dah macam dekat US pulak. Lepak dekat beach sampai matahari habis terbenam.


  • #tips yg aku nak bgtau kat sini kalau ride tu sebaiknya beli lah telco Thai. DTAC. THB300 (1.5GB + THB100 credit dlm tu. Unlimited. Gunakan hanya utk waze dan hospot kawan kawan la apa lagi. Thanks Kaez)
  • Dah sampai Patong pergi lah BanglaRoad. Kat situ memang famous dengan street (macam PetalingStreet). Banyak pub, kedai baju+souvenirs, club, fastfood. 

  • Main attraction lagi dekat BanglaRoad ni ialah LadyBoy dan juga pingpong show. Kalau kena tarik dengan bapok ni korang tolak dengan cara baik. Buat tanda 🙏🏻 sebagai tanda menolak. Dia akan faham 
  • #tips dekat sini kalau nak bergambar korang akan dikenakan bayaran THB100. Kalau dapat yang betul2 cantik puas hati la nak bergambar. Kalau betul2 gaya lelaki kan dah rugi HAHAHAHAHA

  • Untuk cari makanan halal boleh ke area masjid Patong ataupun kalau rajin pergi lah kawasan Kamala Beach. Banyak kedai makan muslim dan halal. Murah. 
  • Night life dekat Patong beach memang awesome. Mmg macam KL. dengan ramai mat saleh yang sanggup lepak pub sampai mabuk. Ada jugak yg rajin melayan kerenah ladyboy tu. Foreigner sporting je semua. Rajin2 senyum dah tegur 'Hi'. 
  • Agak bangga jugak masa tu pakai mafla Selangor dekat BangLa Road. Ada satu mat saleh ni siap tanya beli dekat mana sebab dia nak beli. Lawa katanya. Cuma cakap lah bawa dari Msia. Terus dia terkejut org Msia dtg Thai bwk mafla. 😎 kali pertama kena tegur dekat BigBuddha tu. Pun sama jugak 😅😅 

17/1/2016 (Water Transport)
  • Van pickup dari guesthouse jam 8pg. Sebab cruise akan tertolak tepat jam 9pg. Harga ticket cruise THB850. Start naik dari Rassadar Harbour, Phuket. 

  • Tepat jam 9pg cruise bertolak. Perjalanan dari Phuket - PhiPhi Island paling best. Sepanjang perjalanan korang akan nampak lah gugusan pulau pulau kecil Lautan Andaman ni. 



  • THB850 tu termasuk free soft drink dan biskut. Boleh lah alas perut sementara nak transit dekat PhiPhi Island. Perjalanan dari Rassadar Harbour - PhiPhi (2jam30min)
  • Transit dekat Phiphi selama 4 jam. Cruise kedua dari PhiPhi ke AoNang jam 3:15ptg. So dekat Phiphi tu makan berat sikit. Khengsom + kangkung belacan THB60. Air free. Baik betul org PhiPhi Island ni. 

  • Cruise bergerak dari PhiPhi Island jam 3:30ptg. Perjalanan 2jam30min. Kebetulan naik cruise awal so kitorang duduk belakang. Acah acah mat saleh la berjemur tengah panas 


  • Ferry stop dekat RailayBeach, Krabi untuk drop a few tourist. So kat sini ada gambar yg sempat saya snap dengan gopro dan juga phone. 
                    
  • Mereka memang banyak menggunakan boat kayu. Atau lebih dikenali dengan 'LongTailBoat'. Ekor panjang tu merupakan kipas untuk gerakkan boat je. Sebab harga lebih murah berbanding 'speedboat'
        
  • Cruise sampai di AoNang jetty terminal jam 5:30ptg. Tak ramai yg turun di AoNang sebab ramai turun di PhiPhi untuk ke KohLanta. Perjalanan jauh yg memenatkan 
  • Check in untuk hari ke-4 di AoNang Hostel for Backpackers. THB5400/6pax. Satu kepala THB900. Satu bilik 10bed. Hanya pakai 6bed sahaja sbb 6org. Bilik aircond + free wifi + bar + table pool 

  • Makan malam THB80. Pancake banana + mango blended. Pancake banana nutella mmg famous kt Krabi ni 
  • Kalau nak cari souvenirs area AoNang ni tak payah la risau sangat. Bersepah je dekat sini. Dekat dengan hostel. Tawar menawar lah dengan penjual. Mesti boleh murah. 

18/1/2015 
  • Sarapan dekat gerai berdekatan dengan hostel. Muslim food. THB70 pancake banana nutella + fanta strawberry. Kebetulan jumpa a few Malaysian dekat Krabi. So selfie beramai2 lah.
  • Sewa motor dekat Krabi lebih murah. THB150/day. Gunakan sepuas mana yg kita nak. Tapi macam biasa minyak tak pernah nak ada dalam tangki 😑
  • Emerald pool dari AoNang agak jauh. Lebih kurang 70km. Ride dlm 2jam. Tp bukan rezeki kami nak pergi masa tu. Cuma wakilkan dekat member je. Dia redah sorang. 
  • Bayaran parking untuk motor 10baht. Bayaran masuk ke emerald pool THB200. Kolam je pun. Tu pun nak bayar mahal mahal.
  • Aktiviti petang apa lagi mandi pantai & tengok sunset lah. 



  • Aktiviti malam bebas. So gunakan motor yg ada sebaik mungkin berjalan sekitar pekan AoNang ni. Kebetulan jumpa pasar malam. Yg best dekat sini dia jual exotic food. Nak amik gambar pun dia cas THB10 
  • p/s sanggup ke nak makan? Hahahahaha tengok macam sedap. Kalau dia pecah dalam mulut mesti best kan? Rangup pun rangup. 😋😋



  • Banyak lagi makanan lain yg dijual dekat sini.
  • Kebetulan balik dari pasar malam ada kedai makan muslim. Rezeki kami malam tu try green curry, somtam, green tea, kerabu maggi, maghi sup. Memang berbaloi + sedap. Owner kedai org Kedah kawin dgn org Krabi. Green curry dia padu bak angg. Rugi p Krabi kalau hanya makan tomyam. THB670/6 org makan. Malam last makan mewah sikit




19/1/2016 
  • Check out hostel jam 9pagi. Van dah tunggu dekat bawah untuk bergerak dari AoNang ke Hatyai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5jam. Stop dekat RnR Trang untuk lunch! 
  • Tepat jam 3:30ptg waktu Thai van selamat sampai di Angel Travel Service di Hatyai. Dari Hatyai saya turun di Butterworth dengan 2 org rakan lain. Lagi 3 menunggu bas dari Hatyai - TBS.

Antara tips dekat sini ialah :- 
  • Sediakan duit yg cukup/bajet yg cukup. Jangan fixed kan budget takut tak sempat nak shopping
  • Ikut jalan darat memang penat dan memakan masa yg agak panjang. Satu kerugian jugak sebenanya. Tp apakan daya itu semua pengalaman
  • Rajin2 bertegur dengan orang. Bersikap ramah saling tegur menegur. Dapat new friends kot.
  • Nego selagi boleh dengan peniaga. Dapat harga yg murah beli dlm kuantiti yg banyak. Jd pembeli dgn peniaga tak rugi. 
  • Makanan halal senang nak jumpa. Dekat 7e pun ada. Boleh makan tp kalau was was sebaiknya cari lah gerai makan yg ada cop halal
  • Travel adapter wajib bawa. Sebab tak sama size dengan Msia punya plug. Beli siap2 dekat Daiso ataupun kedai peralatan elektrik
  • Aktifkan international banking. Memudahkan urusan kita dekat negara org. Hanya pergi machine atm yg berdekatan terus withdraw kan saja wang anda. Ikut matawang negara kita pergi. Ada kadar cas untuk setiap kali pengeluaran wang.

Sekian, itu adalah rentetan perjalanan aku sepanjang disana. Alhamdulillah segalanya selamat. Tak tipu kalau kata tak penat, hakikatnya, itu adalah terbaik yang pernah aku alami. Yeayyyyy!

so, kalau korang ada apa2 soalan nak tanya, boleh. Silakan! Hahahaha.. so, itu sahaja story ntuk entry kali nih. Mohon maaf sekali lagi sebab tk ada story sebelom nih. okay? Selamat Berlibur semua! :)