Sunday 29 November 2015

Menjadi Kenangan.

Assalamualaikum!

Ya Rabbi, sebelum ni kurang berkata-kata dalam penulisan sebab beberapa perkara menjadi penghalang, maaf sangat-sangat buat pembaca.. *acah-acah ada peminat setia membaca* uhuks! 



- adik Ayis banyak cakap! -

Petah bicara, bijak berkata, ilmu penuh didada. Penentu masa depan itu terletak pada ilmu kau miliki sekarang. Guna sebaik mungkin untuk terus hidup didunia, dan inshaaAllah akhirat kelak. Salah langkah, salah guna ilmu itu kegelapan menanti tidak kira dunia mahupun akhirat. Kuasa Allah siapa tahu, kan?

Pembuka bicara dalam penulisan kali ini bukan hal berkaitan wishlist seperi Wishlist #1Wishlist #2, and the second last for this year Wishlist #3, tapi lebih kepada bicara mengenai perkara menjadi kenangan dalam dunia 2015 untuk beberapa tika yang lepas.


Special kredit to @nakbebel 

berasa agak benar dengan kata-kata dalam gambar diatas, aku berasa itu adalah hak aku. benar, kadang kala jangan sampai ia makan diri kita, tapi jika tidak sampai bila mahu berjaya? kini, ego aku mengatasi segalanya dan aku berharap kecewa tidak menanti selepas ini seperti lepas yang telah berlalu. inshaaAllah 

antara kenangan aku rasa menjadi paling terindah adalah bersama keluarga itu. kerana aku manusia sering lupa, alpa apatah lagi kadang berdusta demi kepentingan diri. sungguh kecewa jika diperingatkan segala lampaunya. Menjadi kebiasaan aku, rutin aku, dan segalanya adalah sentiasa mengutamakan famili, tapi beberapa tika aku lupa dan hingga tinggi segala haramnya aku lakukan. Ya Rabbi, mohon diampunkan. 


menjadikan aku manusia yang terus berada itu disebelah bapa-ku. mengajar erti hormat dan sentiasa mengutamakan orang tua-ku. terima kasih Chu Mad diatas segala ilmu itu walaupun kau garang, tinggi suara, dan suka mengarah sebagai Pakcik-ku, tapi tidak kurang mendidik secara tersirat seperti seorang bapa pada aku. Terima Kasih. semoga Chu Mad sihat seperti sedia kala demi tugas pada negara. Ameen

antara kita dan Allah memang tiada penghalang untuk terus berhubung, tetapi menjadi tembok besar dalam jiwa yang ingin kembali ke arah Maha Pencipta itu adalah ego, sombong dan busuk hati yang meliputi pada diri dan akal dek alpa dengan segala kesenangan. Bukan mahu lagak seperti aku ni alim seperti golongan warak yang lain, tapi benar itu menjadi tembok busuk yang wujud untuk halangan. 


lihat sahaja pada dunia aku lakukan, bukan segalanya baik dan suci. mungkin benar kata orang, " Jangan menilai pada luaran sahaja ". Manusia sering berubah kerana manusia, tapi bila pula mahu berubah kerana Maha Pencipta? tepuk dada tanya iman. Persoalan yang penuh hina buat aku yang elok tepek pada muka sendiri kerana ego, sombong, dan busuk hati. Jijik! 

Jadi, menceritakan kebahagian itu? adalah beberapa perkara bagi-ku menjadi. semoga Allah merahmati segala kebahagian aku kecapi sehingga kini. unlimited plus infinity happiness! 


- Wedding Lan & Fitria -


- Wedding Idzan & Lina -


 - Team #AwakKatMana a.k.a. Geng Dunia Impian -



- Team Tuition -


- Wedding abg kepada Bad -


- Geng Opis AZAM -


- Geng Tido kat Opis -


setiap perkara aku kecapi ini bersandarkan pada kepercayaan yang tinggi dalam diri dan sekeliling-ku. Kerana setiap kejadian itu menunjukkan sifat tersirat yang hanya dapat dirasai sendiri jika menjebakkan diri. sikap menunding jari pada setiap perkara buruk berlaku disebalik setiap kejadian itu bukan buruk lagi hina dan teruk hingga mampu membawa mati, tapi ia adalah pengajaran yang kau sendiri akan fahami selepas tamat. kita manusia, kene ngerti setiap hal itu dan ini pasti ada sebab dan akibatnya kelak. Percayalah.


- Tadom Hill -


- i-City Waterpark -

mengenai 2 gambar diatas, jujur air benar sungguh mampu buat aku tenang dari segala aspek. tapi air juga mampu buat aku gelabah, risau dan takut. mampos! Hahahah.. aku, Aiman takut air tanpa life jacket. Uhuks. Siapa tidak minat pada air? tipu. Kalau benar pun pasti ada cerita disebalik kisah takut pada air, benarkan? inshaaAllah tidak ada apa-apa.. * Motivasi pada diri sendiri *


- Kampung Tok & Opah -

ada kisah disebalik penghuni ini, Tok & Opah, anak-anak mereka serta cucu-cucu. Jujur, aku tidak pernah langsung lihat dengan mata aku sendiri Tok aku, sebab telah 'pergi' sebelum aku 'tiba'. tidak mengapa, bukan rezeki aku. tapi Alhamdulillah, sempat bersama Opah disaat dan suatu tika dulu. tapi kini mereka dah selamat 'pergi' menghadap Ilahi dan semoga arwah Tok & Opah berada dikalangan orang berima disana. Ameen. Jujur, aku rindu Tok, rindu Opah. hmmm..

Pengakhiran buat masa ini, bukan segala aku kecapi ini adalah hasil daripada kaki dan tangan, peluh dan keringat sendiri, tetapi lebih kepada sekeliling aku. serius, jujur lagi rendah diri aku ucap terima kasih kepada setiap seorang yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, datang dan kekal dalam hidup aku, dan juga datang sekejap-sekejap dalam hidup aku. Kerana kalian, aku mampu hidup dan kecapi hingga kini. 

Tidak lupa juga Alhamdulillah kerana sentiasa diberi peluang untuk kecapi dan terus bernafas secara percuma di dunia ini. Semoga Allah kekalkan kesihatan aku, murahkan rezeki aku, dan ampunkan segala dosa aku yang pernah aku buat, besar mahupun kecil. tidak lupa juga kepada para pembaca. May Allah blessed US. Ameen