Monday 25 May 2015

Sg Pisang Waterfall

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk terus hidup dan beri masa untuk terus taubat kepada Ilahi, Allah S.W.T.

ok, disebabkan telah diberi mandat.. ermmm mandat ke? lol 

ni mandat kejer si Yo, Aqil, Pijot dengan Nas. ermm Mandat lah sgt! hiks

eh! sambung citer dulu untuk ngelak terbabas citer nih. Hahahah.. back to story line, hari ini nak citer kan macam mana gigihnya kami nak ke Sungai Pisang Waterfall. tapi sorry lah lama tak update blog, sbb acah2 sibuk, gtewww lah gamaknya! Hehehehe.. ok dah, jom sambung! *berapa kali dah -.-* tidak terlintas nak putus asa sebab masing2 tgh eksited nak menikmati keindahan alam.



dalam dok mencari dimanakah Sungai Pisang Waterfall nih, dah tak keruan dibuatnya, yelaa tak jumpe hujung pangkal manakah tempatnya! Hihihihi.. akhirnya kitorang decide cari blog pasal Sungai Pisang Waterfall. dan beria dok baca apabenda lah mamat/minah nih tulis. dan  dan daaannnn.. ok dah dapat. 

kitorang faham, faham gitujelaa.. hihihihi.. lps tuh tanya org kampung kat situ, orang asli mungkin. well, ingat pepatah nih! "malu bertanya, sesat jalan hasilnya". lepas dah faham semuanya. kitorang pon memulakan perjalanan. tapi! sebelum tuh, tmpt kami park keter di Jungle Lodge, dan ada juga pengunjung yang kesini dengan parking keter kat tepi highway Karak. situ pon boleeee.. hihihii

ok, continue! 


perjalanan pon bermula dengan melepasi pagar berduri gituh! bukan menceroboh, tapi melepasi pagar halang keter ke Pejabat SYABAS Muka Sauk Sg Gombak. itu jer. hiks. lepas dpn daripada pagar berduri tu, sebelah kiri ada sungai. haaa turun ke sungai tu dan menyeberangilah dengan aman dan damai ya. jangan nak beria sangat! Hehehehe.. tapi disebabkan kami bergerak sekali dgn adik-adik SK Wangsa Jaya nih, tuh beratur mcm nak pegi funfair pon ada woi! Hahahaha..

perjalanan kami pon bermula dgn menyeberangi sungai tadi tu, dan terus berjalan mengikut track yang telah dibuat. *tapi takde nak jalan sangat lah, sbb budak sekolah ramai dan kami terkandas sbb beratur panjang woi bdk2 nih* Hahahaha.. DISIPLIN gtuh! lewlz. dalam dok berjalan dok beria amik gambar sume, sampai satu tmpt iaitu dibawah Highway Karak, diberi pilihan ntuk guna terowong kiri / kanan. 

kiri / kanan? pilih. akhirnya. KIRI menjadi pilihan. Yeayyyy! :D



selepas merentasi terowong tuh, tanya plak Cikgu bdk sekolah tadi, mana jalan nak ke Sungai Pisang Waterfall, dia ckp ikut je sungai tapi amik laluan kanan. terus jer sampai jumpe. aku pun mengiyakan jelaa. Mana taknya, dah tak tahu. Iya jelaa.. yedok? ye dop? heheheh.. jadi? kami teruskan jelaa perjalanan kami. terus je jalan. terasa lama jugaklah berjalan. ntah berapa kilometer agaknya kami dok berjalan tanpa henti. 

kalau benti pon sbb nak buang ayaq kecil. lps tuh sambung perjalanan. beria lah dok dengar kata cikgu tadi tuh, dok line kanan sungai je. jalan dan terus berjalan dalam 45 minit jugaklah. hihihii *main agak2 je nih, jangan percaya bulat2 deh* :P lps tuh dlm perjalanan pon ada juga jumpe org asli, tanya lagi. dia kata depan tuh, jauh tak? boleh lah.. hurmm.. time tuh mula dah mengeluh. jauhnyaaaa.. jauhnyaaaa.. jauhhhh... jaaaaauh.. jaaaaaa kbai. Hahahah..

so, gigih jugak nih, jalan lagi sampailah nampak kemah org dok pacak ctuh. haaa, target situlah kot. kot jelaa.. kami pon beria dok jalan je. dan AKHIRNYA! sampai jugakkk! Yeayyyy.. dah bermandi peluh dok berjalan jauh nih, hasilnya tetap berbaloi. serius cakap. betui2 waterfall / ayaq terjun bhai. Ciptaan Ilahi mmg indah. aku pon tk sabar nih, mana taknya. dah berpeluh berjalan tadi mmg nak berendam jelaa lepas nih. hihihihi.. :)



apa lagi? jangan nak fikir panjang. rendam je. sekali! Zaassss! SEJUK WOI! Hahahahah.. walaupun ramai orang, tapi taklah crowded sangat. boleh lagilah nak berduyung ke, nak jadi lumba2 ke.. tiada masalah. hihihih.. so, sepanjang mandi tuh serius aku dok merendam je. hahahah.. aku pun tak tahu knp, tapiiiii aku rasa sbb dah lama sangat nak mandi sungai, gini laa gamaknyaaa! Heheheh.. its really fun! not funny. Hihihihi.. :)

so, sepanjang disana tuh Alhamdulillah tiada apa terjadi. cuma, luka luka kecil yang akan menjadi kenangan berada disana. gtewww! Heheheh.. tapikan, macam seghonok kalau buat kem kat sana. haaaa, matilanakkk! Hahahaha.. takper2, kita diam je hal ni. siapa dah baca tu, kau diam. AMARAN! *acah acah jer* Hahahaha.. ok dah kelaut jauh ni. 

Sambung lerrr.. Hehehehe!



best part aku tak leh lupa, kaca mata aku hilang tenggelam woi! tak timbul plak tuh, gerammmm! Hahahahah.. sumpah risau! mana taknya, naya aku kalau takde nih, camne nak balik.. takkan nak merabun / membuta sepanjang masa siaaa! Hahahaha.. dlm kepala otak aku, "aahhh sudah, matilanak nak hadap dunia realiti lepas nih, duit lagiiii.." Hahahahah.. moment yang takkan lupa kot. sume ni punca nak buat pijot back flip ke apa tah nama dia. hahahaha.. sakai sakaiiii jer! Hihihihi..



lepas sume dah puas, masa untuk balik. dalam kepala fikir nak naik curam tuh ke atas dan balik atau patah balik? NO! tanaaakkkkk! so, amik keputusan tanya orang. fuhhh! Nasib baik panjat curam tuh pun mmg jalan balik. Yeayyyy! lebih pendek jalan dia drpd tadi. lebih kurang mcm memusinglah. gitewww lah gamaknya. so, dah siap2 nak balik tu, kita bergambar buat kali terakhir disini. Terima Kasih alam untuk keindahan anda yang sangat membuat aku cuci mata. Kami pun balik ikut jalan yang agak singkat tuh. jimat masa ckit! :P

tapi masa balik ni tak sangka plak kene lalu tepi Highway Karak, alaaaa.. dah mcm apa aku rasa jalan kat tepi tuh. mcm takde arah. Hahahaha.. takper2, nak adventure sangat kan? hamikkkk! kita hadapppp! Hihihihi.. usaha sentiasa dibayar dgn hasil. Akhirnya tembus balik kat terowong masa nak mai tadi. Syukurrrin, Alhamdulillah! andddd finally jumpe kereta! heaven to the earth.. tiberrr! Hihihihih.. then, tukar2 baju and balik. malas tukar kat sana sbb risau berpeluh lagi and dalam pada masa yg sama dpt plak alaa2 jemur baju yang basah nih.. hihihihi.. :)



dan perjalanan pun bermula pulang ke PUTRAJAYA. home! 

Final words, thankyousomuch for everyone! termasuklah umat yang berada dalam cerita ini, yang sembang boleh pegi tibe tak leh pegi, yang sembang kata tak pegi tibe pegi, yang sembang segalanya dannnn paling penting yang membaca nih! Terima Kasih bro, sis, uncle, untie, eh semualah!

nanti sambung citer lain pulak yer sbb ada lagi citer lain. bukan ni je! Hihihihi.. imma soo much happy for everything and every single person that I know. spread the love for everyone. :)

" Dunia dicipta bukan untuk sendirian,
Lebih ceria jika sentiasa berteman,
Ada manusia kita bermesra teguran,
tak mati adatlah kalau tak buat kalian. "

Sekian, TerimaKasih.