Monday 29 September 2014

KESALAHAN YANG INGIN DI TEGAKKAN!

Kami hanyalah seorang pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi anda layan seperti kami pekerja yang membuat kerja teruk, sehingga nak maki hamun bagai semua. Kami hanya akan menghujahkan kata jika berlaku kesalah seperti yang telah ditetapkan, tetapi apa salah kami jika anda buat salah? anda langgar peraturan?

18 TAHUN DAN KE ATAS
Jik sudah terang lagi disuluh, kenapa nak menafikan? sudah terang peraturan begitu, lagi dimaki kami jika kami menghalang. bukan suka hati kami nk tahan, tetapi perkara telah ditetapkn. Jika tidak berpuas hati dgn peraturan sedia ada, boleh mengadu di tempat berkenaan, bkn hina, maki kami yang hanya menjalankan tugas.
kami cuma jalankan tugas, lagi pula jika benar kami salah, buktikan kami salah. buka hanya secara lisan mahu mendebatkan perkara yang hanya besar zahrah sahaja, dan mampu diselesaikan jika sebelah pihak dengan keadaan dan peraturan sedia ada. lagi memeritkan, anda menunjuk perilaku/belang sebenar dpn anak kecil, atau yang sedang membesar, tidakkah itu akan menjadi tauladan ntuk mereka mengikut jejak dgn perkara telah terjadi? think before act.

MAKANAN & MINUMAN DIBENARKAN
Kami sedar, bukan hak kami untuk menidakkan benda yang anda telah beli, tetapi jika berada dikawasan atau dalam dewan pawagam, makanan & minuman luar tidak dibenarkan kerana isu yang saya pasti anda tidak akan faham, bila kami menerangkan secara baik dan teratur, anda herdik kami seolah kami curi makanan dan minuman anda. dimana sifat kemanusiaan apabila berhadapan dgn kami? kenapa semuanya seolah menjadi binatang yang tiada perasaan?
tidak menjadi suka-suka buat kami ntuk menahan, kadang kala kami memberi kelonggaran, kemudian hari anda pijak kepala dgn kata hari lepas bagai semua, tengok?! kami manusia, bukan robot yang boleh ingat masa lampau dan recall balik semua benda, dan kami hadap bukan seorang dua dalam masa sehari, beribu, malah puluh ribu sehari. kenapa tak pernah faham kami yang hanya memerlukan mengikut peraturan yang sedia ada?

*segalanya kisah di Pawagam, bukan tempat aku sahaja, tapi semua lokasi. bukan mengemis kami pinta, cuma mohon faham keadaan yang kami layan bukan seratus, dua ratus orang, tapi beribu sehari. sbb itu kadang kala muka masam terbit krn perkara2 ini terjadilah. mohon faham. itu sahaja.
Sekian. terima kasih.

Friday 26 September 2014

Sembang Jumaat

Salam Jumaat..

Hi, lama dah tk update ni. komitmen bajet busy agak! Hahahaha.. so topik kali ini adalah ntah laa nk citer pasal apa. so? tibai jelaaa.. Hahahah

berkaitan dgn tak tahu ni, setiap manusia melaluinya, d persimpangan, dilema membuntukan dll, tp pernah tk kita takut dgn pilihan yg bakal d buat? pedih kan.

tapi, apa salahnya jika mencuba, dan sekurangnya kita belajar drpd kesilapan. senarnya, pilihan yg perlu d buat adalah ntuk memastikan perkara yg baik dan benar d masa akan dtg, mohon pegang ayat itu.

jika kita tk membuat silap, kita tidak akan belajar sesuatu yg baru krn sifat yg benar shj kdg kala tidak boleh d guna pakai. kali ini tiada sebaliknya. jadi, membuat penilaian yg besar tu adalah penting.

so, ni jelaa kot ntuk entry kali nih. mohon percaya kpd Allah, yakin kpd Allah, dgn izinNya, Dia akan menunaikan segala permintaan Nya.

Wednesday 10 September 2014

Dunia Senang.

Hola!

tiada kata seindah bahasa, yes! Intro yg tk berapa berkesan sgt lah kot. Hahahahaa.. sejak ada apps blogger at phone, senang ckit lah nk update blog, kalau tk, malas tahap dewa kot nk bukak laptop bagai sume. Hihihihih..

apa apa pon, kenangan itu pasti ada cerotan tersendiri d mana setiap manusia melakar dgn warna warni, jadi terpulang juga kepada individu itu mahu menggunakan warna apa dan seterang mana sekali pun.

bukan mudah untuk lalui rintangan dan cabaran yg kini semakin 'menggila' dgn dunia kesenangan a.k.a. teknologi yg memudahkan insan drpd pelbagai aspek, bahkan perkara ini juga tidak dpt dinafikan lagi oleh org zaman dahulu kala.

tapi siapa perduli semua itu kerana selagi boleh senang, selagi tu boleh jimat masa dan sebagainya, itu adalah positif. bagaimana pula sebaliknya? negatif. yg mampu merosakkan insan dan iman yg sentiasa bertaqwa kpd Allah s.w.t., ntahlah.

bagi aku, semuanya terpulang kpd individu dlm mempertahankan diri drpd anasir negatif. Jaga diri, jaga iman dan ingat ibu bapa, inshaaAllah akan ingt Allah juga. tuh, celoteh tah ingat ke tidak. hahahhahha.. ayat serius jer dorh.

apa2 pon, terima kasih krn sudi baca. Sekian.

Tuesday 9 September 2014

Journey to the Pulau Pinang.

Assalamualaikum, hello!

tuh, intro acah2 cute. kononnye laaa! hahaahaha.. so, nak smbung lg citer smlm, tk habis lagi ngoi. Hehehehe.. mana tk nye, sembang biasa2 bole lah, nih nk tulis, lain ckit jadinya. Hihihihih..

lps dok sembang2 dgn Pjot, kitorang decide nk jln lagi at Night Market, yelaaa sbb tadi jln tk sempat beli apa2, sbb tk rasa nak beli. tuh, terus jalan dan berjalan sampai lah jmpe kdai brg nk d beli..

lps siap sume, tggu bus plak nak balik ke hotel. dlm perjalanan tuh, alhamdulillah semua okay. dan! sekali lagi lepak dulu sblom balik hotel. Walaupun penat tahap apa dah tuh, gagah jugak lepak. Yelaaa, bkn selalu dpt wat gni kan.

habis lepak sume, hmmm balik hotel dgn keadaan sgt letih, btw, since Pjot dh tahu aku penat sgt, die cuba cheer me up, yelaaa kang tgh2 jln nk ke hotel aku shutdown plak. Hahahaha tk memasal nk seret aku.

Sampai hotel jer, tuh terus amik gmbr bilik d kala mlm hari. Yelaa, baru makeup bilik katako. Hehehehe.. sekian2 dh selesai, terus mandi weh. tak tahan dgn bdn peluh bagai sume tuh. Akhirnya! Selesai ntuk satu hari tuh. Alhamdulillah.

so, thats the story. apa2 pun, sgt seronok dgn Pjot sbb dia tahu apa dia buat dan aku rasa dgn travel ni nmpk dia matang sikit dan aku akan rindu dgn perkara yg kitorang lalui. Percaya atau tidak, aku dah pon rindu.

tuntasnya, aku happy dan tk sabar nk buat lagi! Yeaayyyyy..

Monday 8 September 2014

Journey to the.

Satu Hari ada, Pagi, Tengahari, Petang, Senja dan Malam, Haaaa tkde apa pon, tuh lah intro ntuk post seterusnya. Hahhahaahaa..

sambungan post sebelom nih,

tuh, beria sgt nak citer kan, hamik kau.. tk sbr dia cam apa dah nih.. hihihih.. lps pegi Penang Hill, kitorang decide lah nk pergi Penang Street Art, beria tanya org sana camne nk g sana.. Yelaaa, tanya lah kn..

pompang pompang, tuh tk jmpe jugak.. beria dok jalan tanpa hala tuju, pedih.. jalan jer tk tahu nak g mana. end up, cari bus jugak. terpaksa lah naik n henti kat mana2.. yelaaa, sbb dah tak tahu sgt keputusan nak buat apa.

last, henti jugak kt area Little India. tuh jalan dia, penuh dgn kaum dia. yelaaa, tuh jelaa tmpt dorang nk beli belah.. but, tmpt tuh sgt menarik sbb warna warni dan meriah! Haaa, kitorang pon jalan jelaaa.. jalannnn.. jalaaaaaan.

tibe plak, nampak OldTown, tuh lepak terus sbb penat berjalan. Minum n makan ntuk alas perut jelaaa.. kan. Alhamdulillah, terus lg jalan sampai ke Padang Kota Lama, nice place to hang out w family n friends.. Yes, tmpt best. ctuh lepak lama ckit. Haaaa, sembang2 kosong oooo kosoong. k. hehehehehee..

masa nak belah tuh lalu dpn MPPP, tuh motor besaq tgh dok kumpul ntuk konvoi aman Palestine.. kesempatan usha2 motor ler. hehehehee.. sama jugak konvoi drpd kelab keter HondaCivic. n last tggu bus pergi ke Batu Feringgi plak. tuh, tk sabar woooer.. hehehehh..

sampai sana lbih kurang nk malam jugak, so bile g sana baru tahu penah pegi dulu! Haaaa, apa lg, buat Fish Spa ler. Hehehheh.. tuh, tmpt yg sama aku buat dlu n thats the 2nd time buat! Yeaayyyy.. Hehehehee.. this time pjot ada, tgk dia menggelupur sbb geli dgn ikan tuh.. Hahahahah..

masa ctuhlah jmpe org Bahrain, tgh dok melancong around Malaysia, die pon ngadoi buat Fish Spa, hokeyyy.. heheheheh sbb die tgh tggu turn nk mengurut. Wuuuuit! Hehehehee..  tuh, sejam jugak lah rendam kaki tuh.. aishhh.. heheheh..

last2, dah siap sume jalan at night market plak, Yeaayyyy.. saat d nantikan. jalan dan terus jalaannnn.. terusssss jalan. lps uh lapo! terus makan, dinner time! ctuh lah lama ckit sembang lepak lama dgn Pjot. segalanya terbit. bkn cinta, tp pendam diam selama nih.

tp kn, aku rasa cm dah panjang sgt jer dok citer nih.. kang bosan lak.. k laa, nt sambung lg. kan, panjang citer dia. hahahhahha.. semoga Allah merahmati kalian. thanks for read this. Byeeee..

Sunday 7 September 2014

Journey.

Syukur! Alhamdulillah!

tadi, tepat 1820 kami tinggalkan Pulau Pinang, tuju ke Penang, alhamdulillah selamat sampai. tapi tuh lah, penat jugak berjalan sambil bawak beg guni ni haa.. Hahahaha..

so, citer semalam apa jadi ek? tuh! penat tahap apa dorh.. hahhaha.. mana taknya, kami banyak berjalan dan SESAT! Hahahaha.. apakan daya, bukan org tempatan walaupun Malaysian.

first, pergi breakfast. okay, not bad. lps uh mula kan perjalanan dgn pergi ke KOMTAR jln kaki bhai! Rekod! Hahahhaha.. (rekod buat kami jelaa.. huhuhuh) so, perjalanan kami bermula d Penang Hill (Bukit Bendera).

tuh, kat sana Pjot jumpe Hazel Grace dia! Hahahah.. beria dok amik gmbr dgn bersembang, end story psl nih, Pjot kene 'sekolah' dgn dia. Hahahaahaa.. tkper Pjot, kita belajar dan nih laa life kita. Berjalan smbil belajar.. hehehehew. (gelak sinis)

ntuk trip seterusnya plak, hmmm tk rasa cam nk update skrg sbb masa cemburui kita woi.. Hahahahah *poyos* ok have a great day. Byeeee..

sekian.

Friday 5 September 2014

Rezeki Allah kpd hambanya.

Salam daripada Pulau Pinang!

nak citerlah kan, ini 2nd trip aku pergi jalan atau vacay tanpa famili atau kaum kerabat. Alhamdulillah, dis time ada peneman, w my fav person!

Hafeezul Hakim b Badrul Ezan.

alhamdulillah, selamat sampai and semuanya rancangan tanpa d duga, katako aku pertama kali naik kapal terbang, tuh, nasib baik tk kene tinggal sbb smpai gate lmbt!

tp syukur, rezeki Allah SWT nak beri aku sampai sini. Alhamdulillah! kan, pagi2 kene lari cam citer amazing race kot! Hahaahaha.. tp apa2 pun, syukur sgt2! Rezeki Allah dah kasi, Allah izinkan jugak aku sampai.

dah sampai sini pon, masih blur tk tahu apa2 psl Pulau Pinang a.k.a. Pulau Mutiara! naik rapidPenang, sempoi naaa! thankslah pakcik2 bus, tunjuk jalan, layan karenah tk phm bahasa. Hahahhahaa..

sekian ntuk harini.. in shaa Allah esok sambung lagi. #^_^

Wednesday 3 September 2014

realiti bukan mimpi

pernah seketika, aku sakit batin. kuat sakit aku tu, makin kuat aku untuk terus hidup. tapi kalian? tuh, terus menerus pergi tanpa endahkan aku yang sakit batin, tenat woi tenat! 

perdulikan mereka berkata, hanya mampu mengiyakan segala tindak tandus korang buat, aku kan pak turut. haktuilaaaa woi! segala bicara, kata2 dan sebagainya termasuk aksi korang aku perlihatkan sahaja tanpa mampu bicara krn korang kepala segalanya! ok.

pada tahap suatu ketika batin aku tidak tertahan untuk menahan, aku menangis. menangis terus menangis. menangis. menangissss.... kerana korang. pun! masih korang tidak endahkan. ok. aku sabar. terus sabar. dan paling sakit untuk buat keputusan. keputusan apa? hmmm.. 

keputusan untuk tinggalkan korang dgn hilangkan diri. sakit juga untuk buat, tapi hakikatnya itu yg terbaik drpd terus begini. meratap dgn menangis dan bersabar terus sampai bila? kiamat? tak boleh! hidup kene move on! itu pedih, pedih weh... menangis lagi. lagi dan lagiiii... 

pedih pada peringkat awal, lama kelamaan itulah dia! akhirnya! walaupun seketika di beri ruang dan peluang. guna sebaik mungkin sahaja, itu. kemudian, kembali hilang. biar d mata hilang, bukan di maya. itu cara aku. tapi, masih jua tidak mendatangkan hasil? hasil? masih mengharap ke? jawapan, Ya! 

siapa nak hilang mereka, aku pun tanak! itu pada hakikatnya, tapi aku? hmmm.. entah, sepertinya tidak mampu tangani hakikat, kalah pada hakikat. itulah aku. kalah.. terus kalah.. dan kalah. kemudian masa, terus berlalu tanpa sedar dan celik mata, sudah berbulan buat lupa dan seperti mendapat life baru, fresh dan terbaik.

Tuesday 2 September 2014

Perkenalan.

Salam Perkenalan,
sekian lama aku bisu,
yang lama aku tinggalkan.

Yang baru aku cipta,
bukan ntuk tujuan lain,
cuma mahu lebih baik.

Salam rindu buat lama,
salam baik untuk baru,
Salam semua.

Assalamualaikum, 
harapan tinggi kepada kalian,
jangan tanda aku.

*tuh, salam cam sembang padia wehhhh~