Saturday 25 April 2015

PERGI

pergi itu pasti muncul kembali, tetapi? 

bermula disini

......

aku siap dengan penuh riang
untuk berjumpe si dia tersayang
bila tiba di simpang jalan
aku terima satu panggilan

skrin phone papar name tersayang
aku angkat panggilan dengan penuh girang
suara lelaki berkumandang di gegendangku
mengatakan pemilik phone ini mati terkaku

diam, suara radio terus bersuara dengan lagu Aizat - Kau Pergi..

..... tanpa disedari,

titisan air mata aku mula berlinang
mencurah curah tanpa berselindung
aku bagai hilang arah punca
kerna orang yang aku sayangi sudah tiada

dengan tabah aku segera mencari
mencari tmpt si dia 'pergi'
akibat di langgar oleh kereta mewah
yang di pandu pemabuk yang tak bertauliah

setiba ditempat kejadian, aku seperti...

terkaku melihat si dia
'pergi' dengan cara tak bersedia
aku bagai hilang kawalan diri
apabila lihat si dia sudah 'pergi'

aku teriak menangis di situ
apabila melihat cara dia baring kaku
aku bagai tidak percaya itu dia
kerna hati aku kuat katakan itu bukan dia

gelap, seakan aku berada di dunia sepi gelap gelita tanpa setitik cahaya...

...... hey awak! 

tiba tiba ak terdengar nama aku dipanggil
suara merdu yang sangat aku kenal
aku toleh mencari cari sambil teresak esak
tetapi tidak pulak aku ternampak

jauh disudut dunia kegelapan itu, muncul cahaya yang sangat terang.... 

silau aku dibuatnya! 


nama aku di panggil berulang kali
dimana suara itu aku tercari
seorang gadis melambai tangannya
untuk tanda dia panggil aku sebenarnya

aku kesat air mata aku
untuk kepastian siapa kah itu
aku meneliti dengan penuh misteri
rupanya dia yang aku sayangi

aku bersyukur kerna dia masih bernyawa
dengan erat aku peluk nya
untuk pastikan dia tidak 'pergi' lagi
jauh meninggalkan aku di sini

tiba-tiba..

"dik... Adik...." tersedar aku di kejut manusia...

......... rupanya,

itu semua hanya cilaka mimpi
mainan syaitan yang penuh duniawi
tetapi realitinya tetap di sini
dia memang benar dia sudah 'pergi'

aku terkaku sebentar kerana baru tersedar
akibat menangis smpai terlantar
aku bagai tidak bole terima
bahawa dia sudah 'pergi' buat selamanya

kini, hati aku sungguh luluh.. sungguh! 

pergi itu pasti muncul kembali
kerana itu sudah tertulis lagi
dgn rela aku terima qada dan qadar
bahawa engkau sudah pergi 'beredar' ..




kesedaran itu perlu pasti, setiap manusia pergi berganti. cuma engkau perlu tahu, bahawa kadang kala yang ganti itu mungkin lebih baik atau kurang daripada yang sudah pergi. seterusnya, insan mana yang wujud pasti sempurnakan? Hargailah manusia sekeliling selagi masih disisi kerana Allah pasti akan tarik untuk kau sedari. 

Saturday 11 April 2015

wishlist #1

Assalamualaikum semua! 

bersyukur aku kepada Allah diatas kesempatan ini untuk menulis blog hamba-Nya ini yang tidak seberapa! POYOOOO GILA! Hehehehe.. ;)

Alhamdulillah, itu ada ungkapan yang mampu aku terbit diatas kenikmatan dan perjalanan hidup aku yang Allah telah rancangkan dengan sebaik-baik mungkin supaya aku mampu terus hidup dan bertaqwa kepada-Nya.

Jadinya, untuk suku tahun pertama 2015 ini, ada beberapa perkara aku telah capai, atau dikenali sebagai 'wish list' aku. bersyukur sangat sebab masih mengikut dalam perancangan yang mahukan itu dan ini dalam hidup supaya aku lebih baik daripada sebelum sebelum ini. Alhamdulillah...

Untuk suku tahun pertama 2015, antara perkara telah aku dakap dan pegang erat adalah seperti 


  1. Tamat Belajar Diploma
  2. Dapat Kerja Office Hour dan pada masa sama dapat kekalkan bekerja mengajar waktu malam.
  3. Dapat Vacay dengan Buddyz, tapi sedih sebab tak ramai (Paling KECEWA!)
  4. and at the same time, dapat tengok Kapal NAVY, sebab dah lama sangat nak tengok! *sebak*
  5. and last sekali dapat panjat / mendaki / mengharungi mana2 bukit / gunung, and aku pegi Bukit Broga! walaweeeehhhhh! :)
semua nih aku mengharapkan mengikut jadual dan Alhamdulillah, sangat berbaloi. SYUKUR! thanks jugak kepada siapa yang menjayakan bersama. ThankYouSoMuch buddyz, bro, sis, etc.

dan, dalam pada aku dapat menikmati semua ini, kadang kala kesepian itu masih aku rasai.. jujur dalam dunia ini kadang kala mmg perlu merasai untuk kita throwback atau imbas kembali perkara2 ini dan isikannya dengan perkara-perkara sepatutnya. Lagi penting, aku bersyukur kerana kadang kala Allah itu Maha Adil sebab memberikan aku ruang dan waktu untuk merasai ini semua. 

Apa-apa pun, dalam mengakhiri suku akhir tahun pertama 2015, awal suku tahun kedua 2015 aku telah memiliki apa yang aku nak. SYUKUR! Hehehehe.. semoga Allah terus melimpahkan rezeki-Nya kepada aku dan semua umat islam. kerana skop rezeki ini tidak terhad kepada seperti makanan, duit dan sebagainya.. tetapi luas seperti masa, kesihatan dan lain-lain.. 

semoga Allah memberkati dengan rezeki diberi oleh-Nya. Ameen! dan paling penting JANGAN TINGGAL SOLAT kerana itu adalah tiang agama anda dan dengan cara itu dapat kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan meningkatkan keiman kita. inshaaAllah :)

Dalam kita mengejar dunia, akhirat pasti akan tertinggal kebelakang,Dalam kita mengejar akhirat, dunia pasti mengejar kita dengan limpahan rezeki.
Sekian, Terima Kasih semua!
NUR MUHAMMAD AIMAN BIN RAMLI