Monday 5 January 2015

Permulaan 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun baru masihi telah pun membuka tirai, 2015! semoga Allah merahmati tahun baru masihi ini dengan memberi segala limpah rahmat-Nya dan keredhaan buat hamba2-Nya.. Ameen! dan semoga kita juga bertaqwa dan tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. inshaaAllah :)

Disebabkan pada penghujung 2014 negara dilanda musibah sekali lagi selepas kejadian MH370, MH17 dan beberapa perkara lagi berlaku di Malaysia, kali ini di uji sekali lagi oleh Maha Esa iaitu dilanda banjir paling teruk dlm sejarah, yang kini telah terpahat didalam jiwa insan2 di Malaysia. 

dalam kita bergembira dihujung tahun masihi, seperti sebelum2 ini mmg menjadi kebiasaan buat mereka di negeri2 pantai timur 'meraikan' angin monsun yang akan melimpahkan hujan dan angin kuat, tetapi berbeza buat pada masihi 2014, kejadian yang sungguh tidak dijangka dan seperti tidak diduga akan dilanda banjir sebegitu teruk. 

kejadian ini juga tidak berlaku hanya di negeri2 pantai timur, tapi di negeri2 lain juga terlibat seperti Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Sabah. Memang tidak hampir lumpuh diseluruh tempat, tapi hanya terlibat dibeberapa daerah sahaja. tetapi fenomena ini mmg sama sekali tidak percaya dan mmg telah pun menjadi sejarah buat negara Malaysia iaitu pada penghujung masihi 2014.

Disekempatan ini, terdapat beberapa daerah negeri Kelantan saya dan beberapa ahli jemaah SAF (Surau Al Furqan) hadir kesana untuk melihat kesan dan akibat daripada bah yang melanda, iaitu di kawasan Manik Urai dan Kuala Krai, mashaaAllah mmg tidak diduga dan terbayangkan setinggi manalah air ketika dan saat genting dilanda musibah ini. hanya kesan menjadi kenangan buat mereka yang diuji oleh Allah.

Kami ke sana dgn membawa amanah dan tanggungjawab oleh orang ramai yang telah memberi sumbangan kepada mereka yang telah terjejas akibat bah ini, semoga amanah ini telah dilakasanakan dgn sempurna sekali, inshaaAllah. antara bekalan yang telah kami bawa adalah makanan asas, dan brg asas buat mereka untuk 'hidup' sementara sebelum mendapat tmpt dan perkhidmatan yang lebih baik, inshaaAllah.

ini adalah antara gambar yg sempat saya ambil dan rakam, ini adalah antara tempat yang paling teruk terjejas dan pilu hati melihat keadaan mereka, apakah akan terjadi selepas ini kepada mereka yang tinggal dan dilanda musibah ini? wallahualam. 






Alhamdulillah, saya dan beberapa jemaah SAF hanya mampu buat sedaya kami sahaja, yang lain kami serahkan kepada Allah untuk mangsa2 banjir kerana Dia tahu sebaik kejadian ini dan perkara yang terbaik untuk mereka ini dimasa akan datang. inshaaAllah.. 




ini adalah antara saya dan jemaah SAF yang datang membantu dengan sanggup meninggalkan pangkat dan darjat, masa bekerja, keluarga dan sebagainya demi memastikan tanggungjawab dan amanah itu dipikul dengan sebaik mungkin. alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. syukur! 


dalam perjalanan juga, terdapat satu jambatan yang bagi saya dan mungkin juga org lain yang amat penting, kerana ini adalah jambatan perhubungan yang menjadi nadi utama hampir pecah, iaitu dikawasan Kuala Krai.. mashaaAllah, jika jambatan ini musnah akibat banjir yang teruk ini, mungkin bantuan di seberang sana sukar ntuk diterima.. tetapi alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus berhubung demi insan sejagat di Malaysia ini.. 




Jadi, ini adalah post pertama di tahun baru masihi ini, 2015! dan ditahun baru juga saya di Kuala Krai, Kelantan untuk membuat misi bantuan mangsa banjir. Semoga Allah merahmati saya dan semua umat islam di Malaysia dan dunia, inshaaAllah! :)