Thursday 24 December 2015

mekasih semua.

Assalamualaikum.. 

seperti biasa pembuka kata, jangan nak jadi beria suka. eh tibe. Hahahahah!

so, this is my last post about team PSH. so what's up? nothing to up. Hewhewhew.. Alhamdulillah, perkenalan yang baik, walaupun dalam keadaan yang sangat singkat aku bekerja disana, tapi kesyukuran itu tetap terbit sebab mereka banyak membantu aku dalam setiap hal dan perkara, elok semua staff JMC Cyberjaya, atau PSH. 




Jujur, setiap perkara kadang kala aku boleh baca dengan pergerakan mereka, dengan cara pertuturan dan sebagainya, tapi itu tidak menjadi penghalang untuk tidak bertegur. malah, boss aku, Tuan Pengarah, Tuan Haji Yusof pon sempoi macam bukan pengarah, apatah lagi para Pegawai mereka. Terbaik derrr.. Hehehehe. 

there is nothing to story actually, but this is me. more like to talk about the other person that I like, that I love and the most I miss so much. eh salah ek? lantok lah.. at least mencube yedok? Huhuhuhu.. 

first time masok opis, fuhhh apa benda nih aku nak ngadap. dengan pengalaman takde, apatah lagi nak guna Excel tuh, lagi ke laut. tapi.... aku chill, releks, tenang. fuhhh acah-acah sangat! Hahahahah! almost 3 days aku takde keje nak dibuat sebab sumorang ada hal, senang citer dah ada kejer atau task yang telah d beri. So, aku dok melangok tak tahu mende.. lol 

for sure, aku back up and tolong mana patut sebab aku sendiri kene tahu dan ngerti, nak sesuatu kita sendiri kene bergerak untuk dapatkannya. well, aku cuba tanya and ringankan tulang untuk tolong. Heheheh baik tak? hiks masa mula-mula masuk, Fazli paling banyak tolong aku. ThankYou member! kat sini jugak aku adalah dapat belajar perkataan2 baru macam ;

* prekkk
* dudai dudai
* dan lain-lain.. tak ingat. 

Heheheheh..

dalam lama kelamaan tuh, baru dapat kejer hakiki. Alhamdulillah, senang sebab diajar. ThankYou!

pada masa yang sama, dapat kenal sorang demi sorang lebih details yang tak berapa details sangat, yelaa kang kene cop sebuk hal orang je, kene PANG! baru kau nak sedar.. jadi ambil pendekatan slow and step by step. debakkkk! Hahahah!. 



So, orang paling aku suka kacau dorang nih! ada je benda aku nak cari point ntuk kenekan dorang / sakitkan hati dorang. Hahahahah! Jahat? tak jugak sebab aku nih baik kot! Kan? eh tibe. Hahahah! dorang suka kacau aku, aku kacau lah balik. kasi sedar sikit si gemok nih bukan calang2 kau nak ajak gurau! hurmmm tibe sangat nak mengamuk! Hahahahah.. 



acah-acah brader! Hahahah.. hakikatnya, memang tak pun. lewlz. well, manusia boleh berubah der, tak kira masa, tempat dan sekeliling. tibeeek! Hahahaha.. nih masa jamuan berbuka puasa. Alhamdulillah, dorang nih pun banyak pengalaman dan tolong aku masa kat sana. paling best bila-bila masa boleh ajak berbincang pasal ilmiah, isu semasa dan pasal ehem ehem! *benda baik okay!* eheheheh..


haaa, tuh Mummy! eh. Hahahaha! Hi Kak Chik, hi Dila. dorang nih masing2 master dalam bidang mereka. tak tipu babe, paling banyak tolong aku bab2 Excel nih. lewlz tak susah pun nak masuk kepala dengan dorang nih terutama Kak Eza. perangai, alhamdulillah masih boleh dibendung. hok Dila pula, hurmmm macam tuh lah! Hahahaha.. Kak Chik? Iyerkan ajeeee.. hhuhuhuhu.. 


hok nih pulak, kaki tidor! mapuih laa kat mana pun dia berada. Hahahah! celik mata, ngadap tipon dok mesej dengan mok. tutup mata bila bateri tipon habis. hurmm nak ajak sembang? ke laut! tapi dia nih ada 1 benda aku tabik sikit, tak boleh tengok orang tolak motor, ada je dia nak tolong. Terbaik bro! *tabik springggg!*




so, this part of team PSH aku. thankyou sebab sudi ajar segala perkara hal berkaitan, baik buruk kalian itu aku simpan menjadi pendoman di masa akan datang. inshaaAllah! tiada kalian, maybe aku tak kenal lebih mendalam hal berkaitan Excel dan sebagainya. semoga Allah mampu membalas jasa anda di masa akan datang dan selamanya. Terima Kasih geng! 


Finally, benda terakhir kami buat. kemas fail segala bagai. nampak lopong je rak fail tuh. Hahahahah, tapi lepas tu kene susun balik sebab arahan dikeluarkan takpayah simpan apa-apa. biar sahaja. Hewhewhew terbaik! actually, this pic has been take by our officer, Puan Johana. For sure, I can see her face and how she feel it, and everything. Dia dah lead team nih for almost 4 or 5 years, (I'm not sure). end up, kene berpisah. ThankYou for everything Puan Johana, En Wajdi, dan En Zham untuk tunjuk ajar dan segala ilmu diberikan. Terima Kasih. 

so, itu sahaja ntuk cerita mengenai nih. Semoga Allah berkati kita semua, dunia akhirat. Ameen 

Wasalamu.. 

Tuesday 22 December 2015

short vaccay to Malacca yaw!

Assalamualaikum! 

Previous daripada post sebelum nih, janji nak sambung kan? Ku GAGAH kan jua. Haruslah! Hahahaha..

kita ke Melaka yaw! eh.. part ni tak boleh blah.. Hahahaha! boleh pulak last minit si Anas tu nak kansel sebab dia ada sejarah di Melaka? siot ja Anas nih! Hahahaha.. nasib baik dia tarik balik kata-kata dia sebab fikir member kan.. uhuks


elok je sampai Melaka, boleh pulak sesat nak pegi Melaka Sentral amik Fazli krohhh krohhh ZzZzZzz *tarapapa*.. well, nasib baik jumpa. Then, terus plan pegi lepak minum kat Restoran D'Puteh. Minum air gelas besaq bak ang! sodaappppp! Alhamdulillah. Hehehehe.. then, terus balik rumah tido lah woi. Penat kot! hiks

Then, esok hari! 

Sarapan standard lah, depa dok makan nasi lemak, aku tibai roti canai. tak tipu, sedap weh kari dia. ya Rabbi. nasib tak meleleh air mata sebab terharu gila babe, Hahahahah! tapi, tempat makan padu, sebab fe-feeling mengadap laut gitew! Hahahaha! 


nais lah tempat tuh, sebab tak ramai and boleh lelepak sambil menghadap Laut Selat Melaka. thankYou Fazli sebab pilih tempat nih, boek toq! Heheheh.. 



selesai makan, breakfast fe-feeling laut. baliklah! eheheheh.. siap-siap pulek pegi jalan-jalang. eh

dengan tak berapa semenggah, kami buat selamber. tapi ada yang dah siap-siap bawak barang nak pegi mandi laut. wihhuuuu! jom jelajah bandar Melaka Bersejarah yang tak berapa nak jelajah sangat! Yeayyyy! Hahahaha..


mula tuh pegi Dataran Pahlawan Mall, tu dia. Abg Azrol nak beli contact lens. nasib baik jumpe. Yelaa, dalam besar gedak mall tuh, takkan takde langsung kedai kaca mata kan? yedok? lol. 

ok done. Next? Porta De Santiago ( A Famosa Fortress ) lah! bukan taman tema, nih kat tempat bersejarah tu. penad bak ang nak naik atas tuh. Hehehehe tapi demi SEJARAH ku redah jua. eh tibe sangat. Hahahahah! 


Yen - Abg Azrol - Paan - Aku - Anas - Fazli


sampai kat atas nih, agak krikk krikk kitorang sebab ramai sangat. nak melawak sembang bagai sume pun macam akan jadi * krikk krikk krikkkk * Hahahahah! So, gambar kat atas tuh pun nasib je orang tak lalu lalang. Hehehehe.. 

Next! eh malay pulak. Seterusnya! * Tinggg *


haaa, hok ni dok melepet tepi Medan Samudera! part nih penad dok mikir nak lunch kat mana. Banyak dok mikior nih, nak Asam Pedas ke, nak makan goreng biasa ke, eh banyak! tapi, dalam list tu fast food langsung takde, dan jangan disebut senang citer sebab nanti Paan marah nanti. Heheheh.. Sorry Paan


ke Masjid Selat Melaka pulak! Yeayyyyy!

this time aku kali ke-Dua pegi. Nikmat campur gembira sangat sebab dapat jejak lagi sekali kat sini selepas beberapa tahun tak pergi. tak pernah berkesempatan pun kalau pegi Masjid nih kalau ke Melaka. kat sini ada sikit citer dia. Heheheh.. tapi, time ni pon kami tak makan lagi. sebab masih berfikir nak makan apa.. Hahahahah!



tuh, berkain aku dengan Yen sebab kami pakai suar pendek je! Hahahaha terpaksalah pinjam Masjid punye. itu pun berebut dengan orang lain sebab ramai nak pakai kain time solat. lewlz. 

benda nih, asal ada. terus jalan. tak paling belakang dah! hahahaha! kita ke mana pulak lepas tuh? 

Klebang Original Coconut Milk Shake. ini padu!

Hahahahah! disebabkan ramai sangat orang, nikmat makan disitu lebih terasa daripada beli bungkus kat luar. Serius tak tipu! Sodap tahap thumbsUp bro kasi. Huhuhuhu.. tapi sedih sebab takde gambar. dek keranan memasing LAPAR! Hahahahah! lepas selesai? terus pegi Pantai Tanjung Bidara lah der. What? Pantai? Yeayyyy! Mandi laaaaaahhhhhhhh! 


tapi, hakikatnya aku tak mandi. Sebab? malas. tercemar sungguh plan kali nih. Hahahahah! tapi depa sume dok mandi. aku releks je, hakikat dalam hati. GERAM sebab tak join. occays! tapi, view pantai nih padu plus double tab love aku bagi sebab cantik, bersih sikit lah. not bad. Hehehehe.. 

selesai mandi bagai sume nih, dinner time weh! ke mana ek? hurmmmm..

Api Api Steamboat & Grill. fuhhh part nih padu kenyang! Alhamdulillah. tiada siapa tak kenyang sebab dah kata makan sini, memang jenis makan sampai tumbang lah. Hahahah.. Alhamdulillah rezeki. 


depa nih dorang se-table dengan aku. masak selagi boleh makan. itulah tema kami pada malam itu. Hahahahah! nasib baik dapat meja satu lagi, kalau tak, haihhh susah kami nak makan sebab sempit sangat. Walaupun meja berlainan, sembang tetap tak putus. ada je benda nak disakat. Hahahah.. well, aku kan. Bukan selalu kene dorang ni, maybe lepas ni dah tak kene dengan aku. ghindu pulak. hiks.

lepas dah selesai membuntingkan perut.... eh silap! maksud aku kenyang sampai buncit. huks. Balik teruslah sebab sumorang dah tak larat nak jelajah dan berjalan ke tempat lain. Ada cadangan nak pegi Sungai Melaka, hakikatnya aku sendiri dah tak larat sebab penat + kenyang + mengantok = nak balik rumah time tuh jugak! Hahahaha.. maaf gais. 


Alhamdulillah, kenyang seharian dok makan sebab makan malam tuh. eh, dah citer hari seterusnya pulak. hiks. apa aktiviti next day nih? Takde apalah! Hahahaha.. terus balik lah der, tapi sebelum tuh singgah makan tengahari dulu sebelum shoot ke Keyel.. eh Putrajaya lahhhh! Syukrannnnn gais. 

Dah itu sahaja untuk citer kali nih, Lepas nih ada lagi tak? kau ghase ada. Mestilah ada! Hehehehe.. Last but not lost memory. Kau sabar jap! Hehehehe.. Selamat Semua! :)

Sunday 20 December 2015

sisbro JMC gitew..

Assalamualaikum! 

ya Rabbi, hari-hari mendatang makin sibuk di saat akhir menghitung pengakhiran kontrak kerja tanggal 15hb Disember 2015 lepas. Apa-apa pun terima kasih untuk segalanya! Tunjuk ajar, pengalaman baik buruk, dan segala makan minum yang diberikan secara percuma atau berbayar. Terima kasih warga JobsMalaysia Center Cyberjaya! 


so, kepada team PSH! ThankYou so much brosis sebab banyak tolong aku buat segala perkara dan benda yang aku tak tahu serta tunjuk ajar. mekasih geng! 


Dila, Afee, Kak Eza, Kak Chik, Kak As, Dalila
Aku, Abg Azrol, Anas, Paan, Arep, Fazli.

Yen takde sebab tak datang, sebak agaknya sebab hari terakhir lah katakan. uhuks

....................................................................................................

disaat pengakhiran itu, bukan menjadi penghalang untuk tidak berjumpe lagi. 'makpak' kami kat opis, siapa? Para Pegawai kamilah, dok buat majlis farewell buat kami team PSH ni. Alhamdulillah kenyang woi! eh.. Syukur! Heheheheh! boleh katakan minggu akhir kami team PSH kejer itu adalah minggu paling busy penah lalui dan padat dengan aktiviti sebelum berpisah. Allahu.. terima kasih Allah kerana segalanya berjalan lancar. Syukur! 


team PSH Azam KERJA dengan makpak kami kat opis. tapi sedih sebab En Wajdi takdo wehhhh.. haihhh sabar jelaaa. 

sesi selfie itu adalah wajib buat mereka, Hahahahah! 

brader request amik gambo, kita iyerkan. Eheheheh..




Alhamdulillah, lepas selesai makan bagai sume, next plan kami pegi main bowling. Alamanda pun jadi sebab malas nak pegi jauh-jauh.. hahahah! Tapi dekat sinilah nampak belang siapa gempak dalam game ni. Aku? haihhh terpaling lemah sebab mereka nih gempak kot! Ya Rabbi bakat terpendam betul dorang nih. Hahahah! terutama Kak Chik dgn Abg Azrol, releks main sampai mata 100++ mata. Aku? takat 60-75 mata sahaja. lewlz sangat! hewhewhew..





ThankYou geng sebab sudi join main bowling nih! Next time kalau jumpe lagi kita boleh main benda lain pulak?! Eheheheh..

So, next trip dengan depa nih ke mana pulak? Pos Malaysia lah! eh dah kenapa.

Hahahahah, kat sini kami dipanggil intebiu bersama dengan menjawat jawatan sama. walaupun berlainan takat pelajaran, tapi alhamdulillah kami dipanggil bersama untuk intebiu. tapi part kat sini ada sedikit rasa marah geram dengan penemuduga, cakap tah laa. hok ni kata lain, hok tu pulak kata lain. aaahhh lantak! Yang penting kami dapat bergambar! Ahahahah well, ni Aiman okay. tibeeee


disebabkan Pos Malaysia terletak kat bangunan Daya Bumi kat tengah bandar Keyel tuh, kami sume pakat dok naik train KTMB (promote sikit, hiks). Ahahahah! senang sebab jalan kaki sikit dah sampai bangunan tu. pon kat sini, kami dok amik gambar! Hahahahah.. asal boleh der. 


done with it. Next is what? 

next post lah! Penat pulak. Hahahahah! Nais to meet korang weh! begitulah rosak bahasa aku buat. Hahahahahah! Maaf makpak sekalian.. uhuks. 

Sunday 29 November 2015

Menjadi Kenangan.

Assalamualaikum!

Ya Rabbi, sebelum ni kurang berkata-kata dalam penulisan sebab beberapa perkara menjadi penghalang, maaf sangat-sangat buat pembaca.. *acah-acah ada peminat setia membaca* uhuks! 



- adik Ayis banyak cakap! -

Petah bicara, bijak berkata, ilmu penuh didada. Penentu masa depan itu terletak pada ilmu kau miliki sekarang. Guna sebaik mungkin untuk terus hidup didunia, dan inshaaAllah akhirat kelak. Salah langkah, salah guna ilmu itu kegelapan menanti tidak kira dunia mahupun akhirat. Kuasa Allah siapa tahu, kan?

Pembuka bicara dalam penulisan kali ini bukan hal berkaitan wishlist seperi Wishlist #1Wishlist #2, and the second last for this year Wishlist #3, tapi lebih kepada bicara mengenai perkara menjadi kenangan dalam dunia 2015 untuk beberapa tika yang lepas.


Special kredit to @nakbebel 

berasa agak benar dengan kata-kata dalam gambar diatas, aku berasa itu adalah hak aku. benar, kadang kala jangan sampai ia makan diri kita, tapi jika tidak sampai bila mahu berjaya? kini, ego aku mengatasi segalanya dan aku berharap kecewa tidak menanti selepas ini seperti lepas yang telah berlalu. inshaaAllah 

antara kenangan aku rasa menjadi paling terindah adalah bersama keluarga itu. kerana aku manusia sering lupa, alpa apatah lagi kadang berdusta demi kepentingan diri. sungguh kecewa jika diperingatkan segala lampaunya. Menjadi kebiasaan aku, rutin aku, dan segalanya adalah sentiasa mengutamakan famili, tapi beberapa tika aku lupa dan hingga tinggi segala haramnya aku lakukan. Ya Rabbi, mohon diampunkan. 


menjadikan aku manusia yang terus berada itu disebelah bapa-ku. mengajar erti hormat dan sentiasa mengutamakan orang tua-ku. terima kasih Chu Mad diatas segala ilmu itu walaupun kau garang, tinggi suara, dan suka mengarah sebagai Pakcik-ku, tapi tidak kurang mendidik secara tersirat seperti seorang bapa pada aku. Terima Kasih. semoga Chu Mad sihat seperti sedia kala demi tugas pada negara. Ameen

antara kita dan Allah memang tiada penghalang untuk terus berhubung, tetapi menjadi tembok besar dalam jiwa yang ingin kembali ke arah Maha Pencipta itu adalah ego, sombong dan busuk hati yang meliputi pada diri dan akal dek alpa dengan segala kesenangan. Bukan mahu lagak seperti aku ni alim seperti golongan warak yang lain, tapi benar itu menjadi tembok busuk yang wujud untuk halangan. 


lihat sahaja pada dunia aku lakukan, bukan segalanya baik dan suci. mungkin benar kata orang, " Jangan menilai pada luaran sahaja ". Manusia sering berubah kerana manusia, tapi bila pula mahu berubah kerana Maha Pencipta? tepuk dada tanya iman. Persoalan yang penuh hina buat aku yang elok tepek pada muka sendiri kerana ego, sombong, dan busuk hati. Jijik! 

Jadi, menceritakan kebahagian itu? adalah beberapa perkara bagi-ku menjadi. semoga Allah merahmati segala kebahagian aku kecapi sehingga kini. unlimited plus infinity happiness! 


- Wedding Lan & Fitria -


- Wedding Idzan & Lina -


 - Team #AwakKatMana a.k.a. Geng Dunia Impian -



- Team Tuition -


- Wedding abg kepada Bad -


- Geng Opis AZAM -


- Geng Tido kat Opis -


setiap perkara aku kecapi ini bersandarkan pada kepercayaan yang tinggi dalam diri dan sekeliling-ku. Kerana setiap kejadian itu menunjukkan sifat tersirat yang hanya dapat dirasai sendiri jika menjebakkan diri. sikap menunding jari pada setiap perkara buruk berlaku disebalik setiap kejadian itu bukan buruk lagi hina dan teruk hingga mampu membawa mati, tapi ia adalah pengajaran yang kau sendiri akan fahami selepas tamat. kita manusia, kene ngerti setiap hal itu dan ini pasti ada sebab dan akibatnya kelak. Percayalah.


- Tadom Hill -


- i-City Waterpark -

mengenai 2 gambar diatas, jujur air benar sungguh mampu buat aku tenang dari segala aspek. tapi air juga mampu buat aku gelabah, risau dan takut. mampos! Hahahah.. aku, Aiman takut air tanpa life jacket. Uhuks. Siapa tidak minat pada air? tipu. Kalau benar pun pasti ada cerita disebalik kisah takut pada air, benarkan? inshaaAllah tidak ada apa-apa.. * Motivasi pada diri sendiri *


- Kampung Tok & Opah -

ada kisah disebalik penghuni ini, Tok & Opah, anak-anak mereka serta cucu-cucu. Jujur, aku tidak pernah langsung lihat dengan mata aku sendiri Tok aku, sebab telah 'pergi' sebelum aku 'tiba'. tidak mengapa, bukan rezeki aku. tapi Alhamdulillah, sempat bersama Opah disaat dan suatu tika dulu. tapi kini mereka dah selamat 'pergi' menghadap Ilahi dan semoga arwah Tok & Opah berada dikalangan orang berima disana. Ameen. Jujur, aku rindu Tok, rindu Opah. hmmm..

Pengakhiran buat masa ini, bukan segala aku kecapi ini adalah hasil daripada kaki dan tangan, peluh dan keringat sendiri, tetapi lebih kepada sekeliling aku. serius, jujur lagi rendah diri aku ucap terima kasih kepada setiap seorang yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, datang dan kekal dalam hidup aku, dan juga datang sekejap-sekejap dalam hidup aku. Kerana kalian, aku mampu hidup dan kecapi hingga kini. 

Tidak lupa juga Alhamdulillah kerana sentiasa diberi peluang untuk kecapi dan terus bernafas secara percuma di dunia ini. Semoga Allah kekalkan kesihatan aku, murahkan rezeki aku, dan ampunkan segala dosa aku yang pernah aku buat, besar mahupun kecil. tidak lupa juga kepada para pembaca. May Allah blessed US. Ameen


Monday 12 October 2015

wishlist #3

Assalamualaikum..

maybe post sebelum ni citer pasal arwah Mazwan. Yes, berita yang benar buat aku sedih. semoga Allah menempatkan kau dikalangan orang beriman. 

so, now we back to story line. Alhamdulillah, suku tahun ke-3 telah berlalu dengan pelbagai perkara aku lalui. macam2 benda aku buat.. tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun wujud penipuan disana sini. lol

so, ni antara benda aku gapai.. dan benda paling aku nk ucap dulu, ALHAMDULILLAH! 



 
  • tu haaa! dapat beraya dengan former GSC APj team dulu-dulu.. Yeayyyy! lil bit happy, but its okay. Im deal with it. Yeahhhh! heheheh.. and next is dapat beraya dengan bekal pelajar form 6 SMK Putrajaya Presint 8(1) yaw! the best ending Eid Ul Fitr ever.. Hahahaha.. 
okay done! Next... is






  • AIMAN DAH GRADUATED yaw! Happy G-day to me fellows.. eh! Hahahah! Alhamdulillah... paling terasa beban dia woi! siapa je dalam life studi takde rasa beban?! Now, dunia Diploma dah habis bro. Apa lagi nak buat, Ijazah? inshaaAllah masih dalam perancangan selepas tidak dapat dalam intake 2015 baru-baru. me soooo sad! tsk
itu je ke? eh ada lagi kot. kemon lah, ni Aiman kot. penuh aktiviti dibuatnya sampai kene maki hamun fitnah dan sebagainya ditabur kat muka. eh ada aku kesah? lewlz

okay sambung. hiks


  • tanak letak gambar lain, heheheh! sebab aku nk acah2 bercuti kat Langkawi.. padahal! Kerja kot. hehehe.. well, sebagai secretariat (urus setia) kat International Sport Management Workshop & Asian Association of Sport Management kat ASEANIA Resort. menapak dan berkampung almost 9 days. gilossss. Hahahaha!
dan akhirnya, tapi.... sebenarnya banyak lagi. ni pon aku pilih mana menarik je senarnya, lewlz. 

okay, yang terakhir. lol



  • haaa nampak tak?! aku dapat join KESTASIS 2015 hoccay! kau hadooo?! buat pulak kat Penang, seghonok berjalan kejap. lol. Walaupun dapat join sukan Futsal pon, tak berapa puas hati lah sebab dapat tempat ke-2. ntah lah silap kat mana, tapi aku letak pada bahu aku lah kesilapan tu. haihhh.. sabar jelaa. hurmmm..
then, habis je KESTASIS ni, mengilos ke Kampar, Perak sbb sepupu rapat kahwin. paling busy weh. tapi Alhamdulillah, segalanya dalam kawalan dan Syukur sbb Allah sentiasa meletakkan aku dalam keadaan baik,dan sihat selalu. 

So, itu saje ke citer aku? well, macam aku cakap tadi, sebenarnya banyak je. tapi malas punye pasal kan? hahahaah Maaf! apa-apa pun, semoga Allah merahmati kalian semua. Ameen

well, since nak tutup untuk penulisan blog kali ini, aku cuma nak korang Doa kan aku supaya dapat buat beberapa perkara berikut, 

  1. dapat menziarahi kubur arwah Mazwan kat Sabah,
  2. dapat buat Umrah dengan Mak Abah tahun ni.
itu jer permintaan aku. Doa kan ya, Ameen :)

Sekian, Bye byeeee... Salam Awal Muharam bakal menjelma nanti. :)