Tuesday 22 December 2015

short vaccay to Malacca yaw!

Assalamualaikum! 

Previous daripada post sebelum nih, janji nak sambung kan? Ku GAGAH kan jua. Haruslah! Hahahaha..

kita ke Melaka yaw! eh.. part ni tak boleh blah.. Hahahaha! boleh pulak last minit si Anas tu nak kansel sebab dia ada sejarah di Melaka? siot ja Anas nih! Hahahaha.. nasib baik dia tarik balik kata-kata dia sebab fikir member kan.. uhuks


elok je sampai Melaka, boleh pulak sesat nak pegi Melaka Sentral amik Fazli krohhh krohhh ZzZzZzz *tarapapa*.. well, nasib baik jumpa. Then, terus plan pegi lepak minum kat Restoran D'Puteh. Minum air gelas besaq bak ang! sodaappppp! Alhamdulillah. Hehehehe.. then, terus balik rumah tido lah woi. Penat kot! hiks

Then, esok hari! 

Sarapan standard lah, depa dok makan nasi lemak, aku tibai roti canai. tak tipu, sedap weh kari dia. ya Rabbi. nasib tak meleleh air mata sebab terharu gila babe, Hahahahah! tapi, tempat makan padu, sebab fe-feeling mengadap laut gitew! Hahahaha! 


nais lah tempat tuh, sebab tak ramai and boleh lelepak sambil menghadap Laut Selat Melaka. thankYou Fazli sebab pilih tempat nih, boek toq! Heheheh.. 



selesai makan, breakfast fe-feeling laut. baliklah! eheheheh.. siap-siap pulek pegi jalan-jalang. eh

dengan tak berapa semenggah, kami buat selamber. tapi ada yang dah siap-siap bawak barang nak pegi mandi laut. wihhuuuu! jom jelajah bandar Melaka Bersejarah yang tak berapa nak jelajah sangat! Yeayyyy! Hahahaha..


mula tuh pegi Dataran Pahlawan Mall, tu dia. Abg Azrol nak beli contact lens. nasib baik jumpe. Yelaa, dalam besar gedak mall tuh, takkan takde langsung kedai kaca mata kan? yedok? lol. 

ok done. Next? Porta De Santiago ( A Famosa Fortress ) lah! bukan taman tema, nih kat tempat bersejarah tu. penad bak ang nak naik atas tuh. Hehehehe tapi demi SEJARAH ku redah jua. eh tibe sangat. Hahahahah! 


Yen - Abg Azrol - Paan - Aku - Anas - Fazli


sampai kat atas nih, agak krikk krikk kitorang sebab ramai sangat. nak melawak sembang bagai sume pun macam akan jadi * krikk krikk krikkkk * Hahahahah! So, gambar kat atas tuh pun nasib je orang tak lalu lalang. Hehehehe.. 

Next! eh malay pulak. Seterusnya! * Tinggg *


haaa, hok ni dok melepet tepi Medan Samudera! part nih penad dok mikir nak lunch kat mana. Banyak dok mikior nih, nak Asam Pedas ke, nak makan goreng biasa ke, eh banyak! tapi, dalam list tu fast food langsung takde, dan jangan disebut senang citer sebab nanti Paan marah nanti. Heheheh.. Sorry Paan


ke Masjid Selat Melaka pulak! Yeayyyyy!

this time aku kali ke-Dua pegi. Nikmat campur gembira sangat sebab dapat jejak lagi sekali kat sini selepas beberapa tahun tak pergi. tak pernah berkesempatan pun kalau pegi Masjid nih kalau ke Melaka. kat sini ada sikit citer dia. Heheheh.. tapi, time ni pon kami tak makan lagi. sebab masih berfikir nak makan apa.. Hahahahah!



tuh, berkain aku dengan Yen sebab kami pakai suar pendek je! Hahahaha terpaksalah pinjam Masjid punye. itu pun berebut dengan orang lain sebab ramai nak pakai kain time solat. lewlz. 

benda nih, asal ada. terus jalan. tak paling belakang dah! hahahaha! kita ke mana pulak lepas tuh? 

Klebang Original Coconut Milk Shake. ini padu!

Hahahahah! disebabkan ramai sangat orang, nikmat makan disitu lebih terasa daripada beli bungkus kat luar. Serius tak tipu! Sodap tahap thumbsUp bro kasi. Huhuhuhu.. tapi sedih sebab takde gambar. dek keranan memasing LAPAR! Hahahahah! lepas selesai? terus pegi Pantai Tanjung Bidara lah der. What? Pantai? Yeayyyy! Mandi laaaaaahhhhhhhh! 


tapi, hakikatnya aku tak mandi. Sebab? malas. tercemar sungguh plan kali nih. Hahahahah! tapi depa sume dok mandi. aku releks je, hakikat dalam hati. GERAM sebab tak join. occays! tapi, view pantai nih padu plus double tab love aku bagi sebab cantik, bersih sikit lah. not bad. Hehehehe.. 

selesai mandi bagai sume nih, dinner time weh! ke mana ek? hurmmmm..

Api Api Steamboat & Grill. fuhhh part nih padu kenyang! Alhamdulillah. tiada siapa tak kenyang sebab dah kata makan sini, memang jenis makan sampai tumbang lah. Hahahah.. Alhamdulillah rezeki. 


depa nih dorang se-table dengan aku. masak selagi boleh makan. itulah tema kami pada malam itu. Hahahahah! nasib baik dapat meja satu lagi, kalau tak, haihhh susah kami nak makan sebab sempit sangat. Walaupun meja berlainan, sembang tetap tak putus. ada je benda nak disakat. Hahahah.. well, aku kan. Bukan selalu kene dorang ni, maybe lepas ni dah tak kene dengan aku. ghindu pulak. hiks.

lepas dah selesai membuntingkan perut.... eh silap! maksud aku kenyang sampai buncit. huks. Balik teruslah sebab sumorang dah tak larat nak jelajah dan berjalan ke tempat lain. Ada cadangan nak pegi Sungai Melaka, hakikatnya aku sendiri dah tak larat sebab penat + kenyang + mengantok = nak balik rumah time tuh jugak! Hahahaha.. maaf gais. 


Alhamdulillah, kenyang seharian dok makan sebab makan malam tuh. eh, dah citer hari seterusnya pulak. hiks. apa aktiviti next day nih? Takde apalah! Hahahaha.. terus balik lah der, tapi sebelum tuh singgah makan tengahari dulu sebelum shoot ke Keyel.. eh Putrajaya lahhhh! Syukrannnnn gais. 

Dah itu sahaja untuk citer kali nih, Lepas nih ada lagi tak? kau ghase ada. Mestilah ada! Hehehehe.. Last but not lost memory. Kau sabar jap! Hehehehe.. Selamat Semua! :)

No comments:

Post a Comment