Saturday 25 April 2015

PERGI

pergi itu pasti muncul kembali, tetapi? 

bermula disini

......

aku siap dengan penuh riang
untuk berjumpe si dia tersayang
bila tiba di simpang jalan
aku terima satu panggilan

skrin phone papar name tersayang
aku angkat panggilan dengan penuh girang
suara lelaki berkumandang di gegendangku
mengatakan pemilik phone ini mati terkaku

diam, suara radio terus bersuara dengan lagu Aizat - Kau Pergi..

..... tanpa disedari,

titisan air mata aku mula berlinang
mencurah curah tanpa berselindung
aku bagai hilang arah punca
kerna orang yang aku sayangi sudah tiada

dengan tabah aku segera mencari
mencari tmpt si dia 'pergi'
akibat di langgar oleh kereta mewah
yang di pandu pemabuk yang tak bertauliah

setiba ditempat kejadian, aku seperti...

terkaku melihat si dia
'pergi' dengan cara tak bersedia
aku bagai hilang kawalan diri
apabila lihat si dia sudah 'pergi'

aku teriak menangis di situ
apabila melihat cara dia baring kaku
aku bagai tidak percaya itu dia
kerna hati aku kuat katakan itu bukan dia

gelap, seakan aku berada di dunia sepi gelap gelita tanpa setitik cahaya...

...... hey awak! 

tiba tiba ak terdengar nama aku dipanggil
suara merdu yang sangat aku kenal
aku toleh mencari cari sambil teresak esak
tetapi tidak pulak aku ternampak

jauh disudut dunia kegelapan itu, muncul cahaya yang sangat terang.... 

silau aku dibuatnya! 


nama aku di panggil berulang kali
dimana suara itu aku tercari
seorang gadis melambai tangannya
untuk tanda dia panggil aku sebenarnya

aku kesat air mata aku
untuk kepastian siapa kah itu
aku meneliti dengan penuh misteri
rupanya dia yang aku sayangi

aku bersyukur kerna dia masih bernyawa
dengan erat aku peluk nya
untuk pastikan dia tidak 'pergi' lagi
jauh meninggalkan aku di sini

tiba-tiba..

"dik... Adik...." tersedar aku di kejut manusia...

......... rupanya,

itu semua hanya cilaka mimpi
mainan syaitan yang penuh duniawi
tetapi realitinya tetap di sini
dia memang benar dia sudah 'pergi'

aku terkaku sebentar kerana baru tersedar
akibat menangis smpai terlantar
aku bagai tidak bole terima
bahawa dia sudah 'pergi' buat selamanya

kini, hati aku sungguh luluh.. sungguh! 

pergi itu pasti muncul kembali
kerana itu sudah tertulis lagi
dgn rela aku terima qada dan qadar
bahawa engkau sudah pergi 'beredar' ..




kesedaran itu perlu pasti, setiap manusia pergi berganti. cuma engkau perlu tahu, bahawa kadang kala yang ganti itu mungkin lebih baik atau kurang daripada yang sudah pergi. seterusnya, insan mana yang wujud pasti sempurnakan? Hargailah manusia sekeliling selagi masih disisi kerana Allah pasti akan tarik untuk kau sedari. 

No comments:

Post a Comment