Monday 29 September 2014

KESALAHAN YANG INGIN DI TEGAKKAN!

Kami hanyalah seorang pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi anda layan seperti kami pekerja yang membuat kerja teruk, sehingga nak maki hamun bagai semua. Kami hanya akan menghujahkan kata jika berlaku kesalah seperti yang telah ditetapkan, tetapi apa salah kami jika anda buat salah? anda langgar peraturan?

18 TAHUN DAN KE ATAS
Jik sudah terang lagi disuluh, kenapa nak menafikan? sudah terang peraturan begitu, lagi dimaki kami jika kami menghalang. bukan suka hati kami nk tahan, tetapi perkara telah ditetapkn. Jika tidak berpuas hati dgn peraturan sedia ada, boleh mengadu di tempat berkenaan, bkn hina, maki kami yang hanya menjalankan tugas.
kami cuma jalankan tugas, lagi pula jika benar kami salah, buktikan kami salah. buka hanya secara lisan mahu mendebatkan perkara yang hanya besar zahrah sahaja, dan mampu diselesaikan jika sebelah pihak dengan keadaan dan peraturan sedia ada. lagi memeritkan, anda menunjuk perilaku/belang sebenar dpn anak kecil, atau yang sedang membesar, tidakkah itu akan menjadi tauladan ntuk mereka mengikut jejak dgn perkara telah terjadi? think before act.

MAKANAN & MINUMAN DIBENARKAN
Kami sedar, bukan hak kami untuk menidakkan benda yang anda telah beli, tetapi jika berada dikawasan atau dalam dewan pawagam, makanan & minuman luar tidak dibenarkan kerana isu yang saya pasti anda tidak akan faham, bila kami menerangkan secara baik dan teratur, anda herdik kami seolah kami curi makanan dan minuman anda. dimana sifat kemanusiaan apabila berhadapan dgn kami? kenapa semuanya seolah menjadi binatang yang tiada perasaan?
tidak menjadi suka-suka buat kami ntuk menahan, kadang kala kami memberi kelonggaran, kemudian hari anda pijak kepala dgn kata hari lepas bagai semua, tengok?! kami manusia, bukan robot yang boleh ingat masa lampau dan recall balik semua benda, dan kami hadap bukan seorang dua dalam masa sehari, beribu, malah puluh ribu sehari. kenapa tak pernah faham kami yang hanya memerlukan mengikut peraturan yang sedia ada?

*segalanya kisah di Pawagam, bukan tempat aku sahaja, tapi semua lokasi. bukan mengemis kami pinta, cuma mohon faham keadaan yang kami layan bukan seratus, dua ratus orang, tapi beribu sehari. sbb itu kadang kala muka masam terbit krn perkara2 ini terjadilah. mohon faham. itu sahaja.
Sekian. terima kasih.

No comments:

Post a Comment