Sunday 28 December 2014

Masuk ke-22

Assalamualaikum.. 

Permulaan yang baik pasti akan diakhiri dgn perkara yang baik, Alhamdulillah. Perkara pertama dalam dunia ini adalah aku mahu kecapi keindahan bersama-sama keluarga yang aku paling cintai dan paling aku utamakan dalam apa jua keadaan. Yang pasti tidak semua perkara akan indah selamanya begitu juga sebalik yang tidak pasti akan gelap sentiasa.

Alhamdulillah, tanggal 25 Disember 2014, genap umur aku 22 Tahun (1992) aku dihidupkan oleh Pencipta, ALLAH S.W.T. . Bukan mudah dalam mengecapi segala rintangan yang aku hadapi untuk kekal di bumi Allah ini. Coretan kali ini aku perdalamkan perkara yang telah berlaku dalam beberapa hari ini yang mungkin tidak akan aku lupakan, dan jika aku lupa, post ini bakal menjadi saksi ntuk aku ratapkan sejarah hidup.. gtuh ayat dia wehhh~ Hahahaha..

Awal pagi hari ulangtahun kelahiran aku, aku mulakan dengan bermain futsal.. Hahahahah.. ni segala idea SUFI KAMIL yang keinginan berkobar untuk main futsal. so, sentiasa menjadi rutin, jika ada plan data internet, aku check in swarm. So, swarm adalah yang pertama wish birthday aku kot? ehhh~ Hahahahah.. 


ke tidak? Hahahahah tentulah tidak! Yes, Thaqiiyah Najiha adalah org pertama! Hehehehe.. Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dgn insan ini untuk kami bertukar pendapat dan meluahkan segala isi hati, tidak kepada perkara lepas ok. Hahahaha.. *k dah lupakan, kbai*

masa dpt wish drpd swarm, aku terkejut sbb pelik mcm mana dia tahu, then Pjot perasan. Dia tanya knp byk kali jugak, then bagitahulah harini (masa tu) hari lahir aku. terkejut muka dia sbb tak percaya, yelaaa tak pernah dia nak ingat tarikh lahir aku tu.. huhuhuhu btw, tak pernah salahkan atau apa2 pon mengenainya dan sebab itu juga aku suruh dia rahsiakan daripada member2.. thanks bro. 

Nest is wish from facebooktwitter, instagram & whatsapp.. Yeahhh, TERIMA KASIH tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang mengingatinya. Segalanya, inshaaAllah akan aku pahatkan dalam diri ini ntuk tidak melupakan kalian, inshaaAllah. 




Kemudian, perkara paling aku tk boleh lupakan, ini coretan dia! Hahahaha.. ketika waktu Maghrib, Syafiqah Aqilah datang rumah dan.... kau buat apa doh? Hahahaha.. tibe2 dengar suara org nyanyi lagu bufday, Ya Allah mmg aku tk boleh lupa dengan kejadian ini! Hahahaha.. 

Ini adalah SAHABAT kurniaan Allah kepada aku untuk berkawan dgn mereka dan kawan paling aku akan jaga dan sayang untuk selama aku masih hidup, inshaaAllah! TERIMA KASIH Syafiqah AqilahShahirahhHanifSyazwan sebab sudi bertandang ke rumah semata nak sambut bufday aku! Tapi dah alang2 aku punyer, konfem sambut sekali Hanif punyer! Tak terlepas woi! Hahahaha.. 








tengok tuh, kain pelikat jer aku dok rumah ni, sekali kene serbu, tk fikir apa dah, lantaklaaa~ Hahahaha.. Tapi sebenarnya ada sorang tk dapat datang katanya, ni haaa Amal! Balik kampung, alasan! Hahahaha.. tapi alhamdulillah sebab bagi mereka semuanya berjalan lancar dan 'payback' katakaooo.. Hihihihi apa2 pun, mintak maaf dkt dorang sbb tak dpt join sampai pegi dinner sama2 sebab ada famili dinner lps tuh.. Wuuuu~ T.T

Malam, apa jadi? Family Dinner woi! Hihihihih.. dinanti-nantikan.

Alhamdulillah, petang dihari kejadian, aku dah Whatsapp Tiny nak booking table kat Manhattan Fish Market Alamanda. Yes, semuanya berjalan dengan lancar dan paling aku ingin melihat dengan mata aku sendiri kegembiraan yang terukir diwajah mereka. Paling aku nanti2kan dan paling aku teruja. 



Alhamdulillah, kenyang! Rezeki Allah beri, kita makan selagi boleh. Tapi, sejarah jugak buat diri sendiri sebab makan nasi selepas 25 hari aku tolak. Hahahaha.. tapi, kene buat balik sebab nk kejar berat badan impian woi! hihihihi.. haaa, tak lupa TERIMA KASIH jugak kat Abey, Tiny, Chakoy sbb wish birthday aku kat sana. Gila malu dorang nyanyi kuat2, nak jadi apa wehhh~ Hahahaha.. 

Alhamdulillah, impian telah tercapai. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku didunia dan juga akhirat, suatu hari nanti. Ameen. 

*Permulaan bahasa agak sopan, dan akhir yang agak kelaut sikit.. hahahaha 

Maaf kalau ada typo ke bahasa tak faham ke dan segalanya, dan terima kasih sebab sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment