Wednesday 18 February 2015

manusia, aku rindu

Assalamualaikum!

amboih, garang benor bg salam tu.. Hahahaha..

ok, serius part. bismillahirahmanirrahim!

aku sebenarnya, sukar untuk diterangkan atau perjelaskan kerana mmg menjadi satu perkara yang sangat mustahil untuk dilakukan walaupun melanggar syarat2 kehidupan. betul, manusia mana yang tidak inginkan kesempurnaan dalam hidupnya demi kebahagiaan masa hadapan

Yang jelas lagi akur dgn perasaan yang berbentuk subjektif itu adalah bagai mana ia membentuk dalam satu perkara dan apabila diterjemahkan menjadi satu yang sangat pelik dan eh susahlah ntuk dijamahkan. ya, aku petah bicara apabila diberi peluang untuk berkata kata, tapi kepada orang dituju, bukan kpd diri sendiri.

Hari hari memakan diri
mikir dunia tanpa henti
entah bila mahu menyendiri
untuk seketika sembah Ilahi

jujur dan akur juga, hati dan perasaan yang bentuk subjektif dan objektif ini mmg tiada pegangan daripada dulu lagi, jenis yang memang memerlukan bantuan drpd insan2 yang benar ingin miliki, tapi tiada keterbukaan kepada sesiapa selepas kejadian2 lepas menjadi taruhan dan perhitungan dan akhirnya jatuh ke lembah perceraian. siapa yang tidak pernah sakit tika dan saat itu.

Ilahi, bukan tidak aku pernah berhubung, tapi jarang sekali aku cuba ingin lakukan, bkn kerana sudah rasa diri ni tahap maha bagusnya, cuma sering lupa apakah diri ini sudah bagus untuk memiliki dunia ini tanpanya. itu jauh sekali aku terpesong ke dalam lorong yang terus membuai aku hingga terlelap dan tidak toleh kebelakang apatah lagi mahu memikirkannya akan kesan dan akibat jika aku demikian terus dijalanan lorong ini.

manusia, benar aku rindu kamu sehingga tahap jiwa dan raga aku bukan ntuk sesiapa miliki, cuma kamu berhak atas ini. benar, aku tiada hak apatah selayaknya ntuk kamu, tapi ia seakan akan makan diri jika aku tidak terjemahkan dan luahkan segalanya. aku sedar dan tahu, mmg selamanya tidak aku miliki, cuma jika satu hari aku pergi meratapi Ilahi, mohon kau tidak bersedih diatas pemergian diri ini. kerana kau bukan aku miliki.

setiap detik dan tika, cuba aku pahat dan sematkan dalam minda bahawa kau ada dlm aku, walaupun untuk seketika kita tidak akan bersua. rindu aku tahap infiniti ini mohon berkurang drpd masa ke masa demi memberi ruang dan lapang kepada insan lain krn aku ingin jadi manusia yang mampu rindu dirindui dan sayang disayangi pada masa akan dtg, bkn ntuk jangka masa pendek, tapi ntuk selamanya termasuk akhirat.

semoga, yang rindu itu aku dpt kurangkan bukan ntuk sehabis mungkin, hanya biar secukup dan sebati baip baip dalam jiwa.. kerana tidak tertahan dan tanggung perasaan yg aku kira agak berat ntuk ditampung ntuk satu masa tertentu. tapi, aku tetap rindu..

No comments:

Post a Comment