Tuesday 17 February 2015

#aimankelumut

Assalamualaikum!

macam biasa, pembuka bicara mestilah kasi salam, takkan nk terus hoi! adab mana adab? melayukan?! eh.. hahahaha! ok, cakap pasal melayu ni, pendapat aku jela, bukan petikan mana2 fasal ni, bukan semua org melayu ni beradap, dan kadang kala ikut keadaan, mood, dan macam2 lagi kalau nk jumpa adab itu pada melayu! haaa sembang psl melayu pasaipa nih?! kemonlaaa.. citer pasal Lumut kot Lumut!

ok jum baca! (kalau sudi)



pagi yang tak berapa nk ceria sgt lah, sbb bangun2 Abah Mak Azim Tiqah sume dah hilang! Aahhhhh! bukan dorang jer, SEMUA adik beradik aku! pedih.. sorang pon tak kejut aku.. Cisss! nasib Boy kejut tepat jam 8 setengah, berdering tipon! mulanya malas nak angkat, tibe2 tgk jam kat phone terus bingkas bangun mcm lipas menggelupur! hahahahaa.. ghupenya dah lewat woi! beg apa sume tak kemas lagi.. hahahaha lawak tk berapa nk sgt lah sbb kelam kabut dan aku benci situasi nih! 

so, potong terus ke tmpt nak berjumpa. eksited yg aku pendam itu terus aku kontrol tanpa perlu diluahkan kpd sesiapa.. jujur hanya beberapa tika aku terdetik andai dapat lagi ramai dlm trip ini, konfem aku lagi gembira! Yeayyy yeayyy! akhirnya bergerak! here we go Lumut! lalalalalaaa.. yes, ini adalah short trip yg paling tenang aku penah pergi! serius cakap! haaa, sebelum lupa, dalam short trip ni, yang pergi hanya aku, Shamizuan (Boy) & Amirul Afiq (Yo) ! Yes, kami berTIGA sahaja! terima kasih byk2 kat dorang ni sbb pegi jugak!



sepanjang perjalanan, Alhamdulillah tiada apa terjadi! Syukur sangat2 dan hanya beberapa kejadian sahaja seperti kes kelaparan, kes tak jumpa kedai makan, kes KP kene tarik dgn Navy dan kes tak jumpa hotel! hahahahah.. klau nak ingat balik segala hal ini, mmg tak lah sbbnya sume tu berlaku dalam masa yang sangat singkat! hahahaha.. tapi takperlah, mmg rezeki kami untuk kene macam ni, pengajaran dan pelajaran buat kami yang acah2 nak bagpackers tak berapa nak sejati sangat lah! hahahah.. 

so, aku mcm biasa tolak nasi dan tak rasa lapar pon, rembat air milo pon dah cukup nice! Alhamdulillah.. dalam sedar ke tidaklah, aku ni mmg pendiam dgn dorang dua ni, paling banyak bercakap dorang dua dan aku hanya suka tgk dorang bercakap, bergurau, bergaduh, bermain bantal dlm bilik, atau senang citer, berbuli satu sama lain lah, aku tak tahu mungkin sbb dah lama dorang tak jumpe ke mcm mana, itu SUMPAH tak tahu! heheheh.. tapi takperlah, kebahagiaan diorang itu sudah memadai untuk aku turut gembira walaupun sipi sipi jer.. heheheh! 



untuk teruskan lagi fasal trip ni, mmg masa mula kitorang sangkut sbb risau ni tak jumpe hotel, kalau ada pon MAHAL! mmg tak laa nok. so, kitorang pon bergerak drpd satu ke satu hotel dekat area Pantai Teluk Batik, sehinggalah jumpa Virgo Batik Resort, Pantai Teluk Batik yang tengah buat promo 1 Bilik RM119+ include breakfast (cam hampeh) Hahahahah! dah check in bagai sume, REHAT laaa! apa lagi! penat woi jalan jauh sebab ikut jalan jauh sebab ikut mulut boy sbb dia kata 5 jam sbb member dia kata mmg 5 jam! Okay boy, fine! celupar punyer pasal mmg kene ah! hahahaha! 

Putrajaya - Higway Elite - Highway Guthrie - Highway Plus - Exit Gopeng - Batu Gajah - Seri Iskandar - Bandar Universiti - Manjung - Lumut - Teluk Batik 



lps dah masuk bilik sume, aku rehat2 kan minda dan badan *padahal tak drive pon* budak dua org tu LAYAN HINDUSTAN kat TV3, sbb tu je channel yg wujud kat hotel tu.. Hahahaha lawak infiniti! so, elok jam dah 5 lebih kitorang kuar plak jalan2 kat Pantai Teluk Batik! Yeayyy yeayyy! just boleh cakap, cantik, luar biasa sbb mcm tk ramai penah jejak, ada banana boat dgn apatah 3 org naik tuh, dan ada tmpt rehat / kerusi rehat yg simple tapi nice! (rm2 ok sekali duduk smpai lebam) hihihihihih..



dh puas lepak situ, jalan tepi pantai *acah2 drama main main air bagai*, makan aiskrim, kepok lekor, pisang goreng, dan sembang2 kejap pasal apatah tak ingat plak sbb rasa tk penting kot, tu tak ingat! hahahaha.. and masa balik tu singgah jap beli kacang rebus dgn apam balik (kecik tapi sedap sangat!) lps uh lepak bilik sampai malam! sementara tu tengoklah citer Asam Pedas untuk Dia ke apatah tajuk dia! hahahah tk pernah nk ingat, Yo jela beria dok gelak.. aku pun tk fhm kenapa, bila iklan je ada benda dia gelak.. pelik -.-

mlm tu misi cari kedai makan! haaa ni pon hmm tah ah! kelakar pon ada, malu pon ada! hahahah.. 2 restoran kitorang masuk, lps tu blah! hahahah tk senonoh perangai mcm ni, tp apadahal.. buat relek dah ah! hihihihi.. last2 makan kat Restoran apatah, tk sempat check in sbb lupa (1) sbb lapar (2) sbb nak tgk bola Pahang v Selangor (3)! hahahah.. well, aku mcm biasa makan mee goreng je, depa dua ni share makan nasi putih, tomyam, sayur kailan, telur bungkus dan air jus tembikai (dap nok dappp!) habis makan, gerak ke mana? Bandar Lumut! Wehuuuu!



smpai sana terus lepak kat Lumut Waterfront, nice place and seghonok sbb tk ramai orang,tak sesak! itu yang penting! hihihih.. dah habis dok borak2, lepak2 tengok orang dok main air sabun bagai sume balik hotel! acah2 dah penat ah gtuh.. padahal jam baru jam 10 lebih nak jam 11 gtuh ah.. well, cuba sebaik mungkin gunakan masa tu, tapi apakandaya kami cuma cuba, yang tentukan itu Ilahi (Allah swt) yg tak leh bla mlm tu, sembang deep sikit ah psl KAMI! krohhh krohhh ZzzZzzZzz! deep not too deep ah, suam suam ah.. hiks

malas sembang dlm ni apa yang di sembangkan, kita pergi ke hari esoknya! Selamat Pagi!!! eh



mcm biasa, kejar breakfast woi dah nak dkt jam 9 nih! hahahah.. Yo dgn Boy siap2 bawak tuala sbb nk mandi kat pantai katanya, aku? malas. sbb takde mood, mood hilang ntah kemana.. cuba gak cari tapi tak jumpa.. dah tk jumpa, hanya mampu cari nikmat dikala saat2 terakhir jelaa.. pantai? tmpt paling best dan dpt plak lepak kat kerusi best, wuih! Seghonok tahap infiniti! heheheh.. dapat plak dengar ombak yang syahdu je bunyi dan sama je.. tenang sgt! rasa nak tidor pon ada, tp fikir brg2 ni sapa plak nak jaga! huhuhuhu.. so lelap2 gtuh jela sbb risaukan. 



budak dua org tuh dah seghonok dok main air, rendam2 badan bagai sume lps uh bla balik hotel, keter sume tggl kat aku suh bwk balik! cisss hihihihi.. alhamdulillah, lps tu pon takde apa berlaku smpai lah balik bilik, tgk Yo dah sambung tidur dia, hmm aku pon join sekali lah, rehat2 gtuh jelaaa.. tkde sampai nak tidor sbb takut terlajak.. Boy jelaa setia dok tunggu smpai jam 12. aku baru siap2 nak mandi bagai sume n siap2, lps uh check out babe check out! hihihihi.. dah selesai sume, terus pegi bandar lumut balik sbb ingt nak usha apa2 patut, tp pusing2 parking plak tkde, decide terus balik ah gini..

tibe jalan n lalu depan Lumut Waterfront Boy ternampak muzium TLDM, hmm mmg kene benti ah, aku nak jugak tengok nak jugakkk!! *eksited is back!* ingat an Boy dgn Yo nk masuk, tp dorang kata tanak, aku pun malas ah nk masuk, amik2 gmbr jela sbb Supi ah ni beria dok tanya mana kapal, mana kapal.. hahahahah.. haa tuh hamik kapal sebijik! besar tu mmg besar lah, tp aku terbayangkan mcm mana klau jadi mcm dlm movie Battleship! wow! kebaboommm!! eh terletup plak citer nih.. hiks



dah habis selesai tuh, kami pon balik! hoyee hoyeee! reality life sedang menunggu tuh, yeah, nak tanak life ni kene teruskan sepahit, semanis mcm mana sekali pon, itu adalah reality yg bukan boleh kita selalu tipu daya dgn pelbagai helah.. klau wujud pun unsur tipu daya, konfem akan kantoi.. hiks tamo ah kantoi2 nih.. pandai buat pandai cover lah.. hallooooo! eh terlebih plak! hihihihi.. so, alhamdulillah sampai Putrajaya jam 4 setengah terus lepak MAKAN! Makan! makannnn.. laparlah noks! 

so, itu jela citer dia, mmg tk dinafikan mcm melalut sikit, tapi terima kasihlah sbb sudi baca, terima kasih tahap infiniti woi, serius talk! sbb aku ni bkn mengharap sgt org baca, tp ada lah sorang mamat ni beria kata dok selalu baca aku punyer blog, hmm terima kasih laa bro! sayang kau! hahahah.. blog ni pon buat untuk suka2 dan post psl hidup aku, apa aku lalui.. mcm diari open lah, tp aku guna ntuk anak cucu cicit yg mana nk tahu apa aku buat, apa aku lalui.. itu jer, tk lebih drpd tuh.. hihihihi 

mcm biasa, penutup kata. terima kasih bagi mereka yang menjayakan trip ni, buat team yg sapot trip ni, tenkiu very much and semoga Allah membalas jasa kalian, dunia akhirat! inshaaAllah.. Assalamualaikum! :)

No comments:

Post a Comment