Monday 23 February 2015

Berusaha atau IbuBapa ?

Assalamualaikum! 

tikk tokk tikk! tibe2 rosak plak bunyi jam tuh.. hahahah.. *permulaan yang sakai* Hahahaha.. ok dah ok, kali ni hanya story yang tiada punchline atau apa2 sahaja, terpulang pada pembaca nak teruskan ke tidak sebab pendapat manusia ini kadang kala berbeza dan ini adalah hal berkaitan dengan aku.. jadi terpulang pada pembaca. cak! ;) *acah2 comel, kaki nk kaki?* Lalalaa... hihihihi

ok, sedikit pendapat tentang Berusaha dan Ibu Bapa. Mana satu ni?

jujur, tika dan saat ini aku sedang menulis tentang ini adalah disaat aku sedang membesarkan bontot tatkala yang lain sedang berusaha mencari matawang ntuk teruskan kehidupan. bukan apa, dalam dok lama aku menjadi terus begini, hal ini membawa aku kepada untuk berfikir..

"kalau aku berusaha demi mencari matawang, siapa nak tengok2kan ibubapa aku disaat mereka perlukan aku?"

memang terdiam sejenak ah bila dok dalam toilet uh, standard aku lah, time2 nak mandilah fikir mcm2, hal famili ah, member ah, former kawan perempuan ah *eh!* .. hahahahah.. tak tak, just kidding ok?! >_< dalam konteks ini, aku tak boleh dan takkan pernah salahkan kitaran hidup manusia yang mmg fitrah ntuk memilih yang mana. 

aku kupas, berusaha? ok mmg pernah dlm hidup aku ni, aku kejer siang malam sbb nk cari matawang ntuk hidup dlm berkeadaan seakan mampu, tapi hakikatnya tidak! serius cakap, aku berfikir tika itu aku mampu miliki segala aku inginkan hanya dengan berusaha, tapi tidak dan aku terus menjadi manusia robot yang hanya kerja, dan habiskan duit begitu sahaja. what a sad life, right?

Ibu bapa? ok, yang ini aku nk ckp mengenai how long kita spend time dgn diorang disaat kita tergilakan berusaha mencari matawang? serius buat aku sedih. dalam konteks hidup aku, ibubapa aku dah lebih 50 tahun ke atas, berapa lama je slps ni mereka hidup dan meluangkan masa bersama anak2 dia? serius aku tak tahu. *sedih*

Jadi, faham tak perkara dan isu yang cuba aku ungkitkan ini? kita, insan yang ghairahkan matawang dan tergilakan berusaha sehingga kadangkala menjadi workaholic, wow! thats so serious! tetapi dalam pada masa yang sama, pernah tak fikir untuk spend time dgn baik bersama ibu bapa? 

entah, serius aku hilang punca akan hal ini.. so sad! 

oleh itu, hanya pendekatan yang tlh aku buat dan mampu buat, masa aku baru je habis belajar dan mostly masa tengah belajar pun, banyak jugak buat keluar dgn Abah, mcm teman dia pergi sana sini, aku harap itu adalah pendekatan paling2 bodoh aku boleh buat, tapi sangat bermakna ntuk masa akan datang, ntah aku sendiri lost fasal ni.. seakan hmm tah *speechless* 

seperti biasa, dunia selalu kejam kerana sentiasa membuat kita diberi pilihan antara dua, kan? semoga jalan dipilih itu membahagiakan kedua2 belah hal. 



"seakan ada lagi nk ungkap, tapi tk boleh krn risau lain akan terjadi, semoga Allah permudahkan segala urusan org tua aku, di dhunia dan akhirat, Ameen!" 

1 comment:

  1. betul gak kate ko man.. lets make it fair.. bahagiakan diri sendiri dan keluarga..

    ReplyDelete