Monday 9 February 2015

hiking Broga Hill

Assalamualaikum! 

sebelum ni dah update pasal double F (Family and Friends) yang sama linang air mata, apasal tah aku pun tak pasti.. mungkin juga sebab taip dengan penuh perasaan? mungkinlah.. hahahaha.. harini post pasal apa plak? baca sampai habis lah! takkan nk tahu story line jer dan malas membaca? kemonlaaa.. hahahahah.. 

*gila selfie*


oklah, mari mulakan! 1 2 3 GO! aicehhhh..

harini (ahad, 8 Feb 2015) ma 1st ever weekend yang sangat padu bagi akulah! hahaha.. mana taknya, naik Bukit Broga kot! bapak eksited! hahahah.. imma so nebes sebab tak penah naik Bukit Broga ni, so boleh katakan nebes campur eksited sikit ah pasal ni.. paling tak boleh blaa psl plan ni almost 2 weeks before, then masing2 diam seribu kata apatah lagi bahasa.. hiks

dengan menghadapi beberapa konfliks dlm futsal team, so setel baik dan Alhamdulillah segalanya baik dan sayang habis lah! hehehe.. eh jap, mcm dah tak kene jer story line? ok, back to jalan yang sebenar fasal citer nih.. hahahah.. dengan ditemani oleh Amirul Afiq (Yo) dengan Fahmi (Kechik) akhirnya aku berjaya ke sana! Yeayyyyy!



nak sembang nih, kitorang grk drpd Putrajaya dalam jam 5AM semata nak daki awal sebab takut ramai org, tu awal dia mantop bhai! hahahaha.. Alhamdulillah, dalam jam 5.30AM sampai terus MULA mendaki! tapi yang tak tahannya, RAMAI ORANG! Jadinya, terus eksited dah hilang nebes gtuh.. sebabnya takde nak risau sangatlah pasal kene tinggal ke apa, sepanjang jalan ada je orang naik.. 

dalam perjalanan, disebabkan jalan tak berapa jelas dan ramai, aku jalan je tak henti sebab takut ramai kat atas.. jalan je tak tengok belakang apa jadi, tambahan pulak aku ni dah lah gemok, lagilah! hahahah.. haa, akibatnya selepas beberapa minit jalan aku amik keputusan nak henti kejap sebab tak tahan! Sakit pinggang! hahahaha.. stamina aku ada lagi, tak penat tapi pinggang spoilkan aku. tak leh blaa siaaa.. hahahaha..



dalam pale otak dah fikir, ni sekali aku henti, konfem lepas ni banyak kali henti. dan ternyata memang BENAR! hahaha.. memang mintak maaf banyak2 lah kat dorang, sebab aku perjalanan jadi lembab dan tak berapa nak pantas sangatlah sampai atas sana. hihihihi.. alhamdulillah, dalam sejam jugak lah (termasuk henti) akhirnya sampai juga kat tmpt nak pegi, tiba plak memang dah RAMAI kat atas sana tuh! paduuuu.. nasib tk berapa baik, releks lah kat area ctuh dan solat subuh sekali.

the best part is aku dapat sendiri lihat macam mana perubahan daripada gelap kepada cerah, atau matahari terbit! Subhanallah, cantik dan indah ciptaan Allah! haaa lagi 1, kat atas sana angin sangat kuat! seghonok memanglah ada, tapi disebabkan angin kuatlah berdebu kawasan tu, pasir bagai sume terbang! hmmm nak acah fefeeling titanic mmg kelaut ah citer dia! hahahaha.. tapi lagi pasti kat sana sangat sejuk! Alhamdulillah.. 



jadi, itu adalah pengalaman pertama aku hiking Broga Hill dgn 2 org member yang faham aku sbb sakit pinggang! hahaha maaf gais! may Allah bless uolls.


Sekian, Terima Kasih! 


2 comments:

  1. hahahaha nak acah-acah titanic tu tak tahan tu.. agak la man.. tu bukit bukan atas kapal.. terang-terang nampak pokok.. pape pun tahniah man.. ema tak jejak pun lagi broga.. dgr cite broga terbakar.. huhuhu eh lupe cakap.. KAMERA SJ4000 memang AWESOME!! suke gile.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. pasal broga terbakar tu im not sure, sbb takde berita pon fasal tu. nanti naiklah broga, best kot! and lagi satu, kamera sj4000 sgt memainkan peranan.. sbb tu best! nanti beli kat aku ok? hahahaha..

      Delete