Tuesday 28 July 2015

wishlist #2

Assalamualaikum SEMUA!

kali ni nak buat #throwback atau campak belakang. poyooo! Hahahah.. okay, this time nak bgtahu wishlist aku yang ke-dua atau suku tahun ke-2. sebenarnya, tak banyak pun yang terjadi, sebab kekangan dan kerja yang membataskan segalanya. begitulaa gamaknya. lewlz

Alhamdulillah, Ramadhan 1436H telah berlalu pergi dan meninggalkan seribu satu cerita dalam hidup aku, mungkin itu menjadi pedoman pada masa akan datang. inshaaAllah.. dalam dunia ni bukan semua perkara akan kita miliki, tapi perlu syukuri dengan apa kau miliki.



Alhamdulillah...

so, back to story line, apa aku dapat suku tahun ke-2 nih? lol aku sndri pun dah lupa... *kecewa*. tapi, demi korang aku cuba ingat balik! hiks

1. paling tak leh lupa, dapat handphone idaman woi! walaupun terpaksa loan dgn simpanan sendiri, aku tetap kene bayar balik. dah nama loan, tetap kene bayar balik kan? hiks

2. dapat mandi sungai! ya Rabbi ni lah aktiviti paling mengidam! hahahah.. alhamdulillah dapat pulak pegi dgn team #ZLLFT. syukurrrrrin! tempat tuh superbest sbb ada ayaq terjun woi! Wuhhuuuu! ni entry fasal tmpt tuh. klik Sungai Waterfall.

3. adik aku dapat sambung belajar, alhamdullilah. nak kata rezeki Allah itu beri pada adik aku, tapi aku juga terima tempiasnya. walaupun jauh sikit daripada famili, alhamdulillah takde pulak meroyan. mungkin dia sedar akan diri itu mmg akan melekat kat sana hampir 3 tahun akan datang. hiks. congrats Tiqah !

4. dapat berbuka puasa dengan #ZLLFT , walaupun semua takde, dengan penuh alasan, tak mengapa. kita mengiyakan sahaja. heheheh. siapa je tak pernah sibuk dlm menjalani kehidupan seharian? benar. aku sendiri juga penah rasai. lol

5. takde dah! hahahahah.. okbai! 

so, itu je story line ntuk wishlist #2 aku. tiada banyak pun perkara terjadi, tapi kesyukuran itu tetap aku titik kan dalam hati supaya kita sentiasa beringat bahawa setiap perkara yang terjadi ini mendapat keredhaan Allah dan ia pun telah tertulis dalam takdir kau sebelum dilahirkan. 

paling penting, dengan setiap perkara terjadi ini, bukan untuk suka2 dibuat dan hilang serta berlalu begitu sahaja, ianya pasti mempunyai pengajaran dan tauladan dalam kehidupan kita pada masa akan datang.. haaa gittewww! hihihihih..

masih belum terlambat juga nak ucap SELAMAT HARI RAYA kat semua. Hahahah.. apa aku nak kata lagi ek? Lupa! Hahahahah! nah lanje gambar raya sikit! mcm biasalah, sesi bergambar. hihihihi.. Yang baik itu datangnya daripada Allah, disebaliknya pula juga daripada Allah dan kita yang sering melakukan silap. semoga Allah merahmati semua. Ameen! 


akhir kata, aku ini cuma manusia biasa. jangan pernah cuba caras hidup aku kerana aku golongan marhaen yang biasa2 sahaja, sekadar kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. semoga Allah melimpahkan rezeki kepada golongan seperti kami dan semoga Allah melaknat mereka yang menindas golongan seperti kami... 

*tidak merujuk kepada mana2 pihak. AMARAN!

No comments:

Post a Comment