Thursday 16 July 2015

Ramadhan & Syawal 1436H

Assalamualaikum dan salam Sejahtera ke atas kamu semua! 

Hahahahah.. acah2 gtuh. hiks 

30 Ramadhan 1436H 


sebenarnya  nak minta ampun, maaf sebab dah lama sangat tak update. ni semua gara2 jadual dan rutin harian yang padat membuat rasa semakin jarak dengan dunia blogger ni. hihihihi *mencari alasan lebih baik*

dalam mencari dan terus mengejar rezeki di dunia, semakin aku gusar juga dalam semakin alpa dengan Maha Pencipta, bukan kerana tiada masa tetapi lebih kepada kesibukan melampau. risau. tapi itu hakikatnya. bukan mahu terus begitu, tetapi aku mencuba juga untuk memperbaikinya. Allahu...

semoga aku tidak jauh daripada-Nya dan terus tingkatkan keimanan. InshaaAllah...

ok, dalam diam Ramadhan 1436H telah tiba dan Alhamdulillah aku sempat menikmatinya. Syukur. dan saat aku menulis pun pada dan tika 30 Ramadhan 1436H. Semoga Ramadhan ini memberikan aku pengajaran dan tarbiah yang terbaik buat aku ntuk pedoman seumur hidup di dunia supaya terus berada di jalan Allah. InshaaAllah...

Alhamdulillah, sebenarnya suku tahun ke-2 telah pun berlalu dengan jayanya. Heheheh.. alhamdulillah segala impian untuk kecapi juga ada pada tahap memberansangkan, ada tidak. itu lah asam garam kehidupan. aku redha akan itu. tiada perkara yang ingin diketengahkan untuk perkara suku tahun ke-2, tapi cukup sekadar aku ucap Alhamdulillah. 

Allahu Rabbi..

eh jap, perasan tak ada ala ala islamic pulak post kali nih? Hahahah.. mana taknya, sekarang kan bulan Ramadhan. aku cuba hormati. tapi biasalah perkara biasa, aku biasakan. terlepas ke apa itu mesti aku. macam dah terhantuk baru nak sedar. haaa lebih kurang begitulah. hiks! tapi aku cuba jadi terbaik supaya tarbiah aku dibulan Ramadhan ini menjadi hingga akhir hayat. inshaaAllah..

Kemudian, Syawal 1436H bakal menjelma esok hari. Alhamdulillah. seperti biasa persiapan Aidilfitri kali ni serba serdehana sebab tiada sebab. perkara ini hampir setiap tahun jadi. bagi aku? biasa dan aku terima. sebab aku juga faham makna sambutan Aidilfitri. bukan masa untuk riak dengan apa miliki dan sebagai, cuma sebagai meraikan kita berpuasa PENUH pada bulan Ramadhan.

kadang kala manusia ini lupa dan alpa dengan hal ini. aku juga sentap. gittew! Hahahah.. tapi masih kekalkan momentum untuk tidak melebih dan sentiasa bersederhana. *acah2 kaooo!* Hihihihihi.. paling aku nak beringat, itu juga paling aku lupa. pang sikit! hehehehe.. tapi alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberikan peringatan2 seperti ini supaya terus berada di jalan yang benar. Ameen! 

Akhir kata, ucapan panjang tapi ringkas diberikan. Heheheh..

semoga Ramadhan 1436H ni memberikan pelbagai impak positif kepada diri ini dan juga sekeliling kerana manusia ini adalah sebaik baik pencipta Ilahi untuk di dunia dan di akhirat. Ya Rabbi. dan semoga Syawal 1436H menjadikan aku lebih memaafkan dan memaafi semua umat. inshaaAllah. 



sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment