Wednesday 23 March 2016

#aimankeumrah #2

Assalamualaikum!

Alhamdulillah masih berpeluang nak mengorak langkah dalam melalui liku-liku kehidupan.. SYUKUR!

Heheheheh.. acah acah jew! Hewhewhew..

ok, back to story... kita sambung apa kita putuskan sebelum nih dalam entry lepas, tak baca lagi? Klik ayat sebelah nih "Aiman Ke Umrah #1" okay? Haaa baca jangan tak baca! Kalau tak siap kaw! gitew... Hahahahah!



acah acah lagiiiiii! Hahahahah!

hurmmm, dalam entri lepas, aku tulis benda / perkara yang aku anggap rare dalam hidup aku. Sebab apa? kau pun tahu kan, Mekah / Madinah adalah tempat himpunan seluruh umat Islam di dunia. Segalanya adalah almaklum, bukan di Malaysia, segala tak maklum. Hahahahah!

siapa faham, dia bijak! Hahahahah! Sebab di sana pelbagai umat yang bermaksud pelbagai Mazhab mereka gunakan (guna Mazhab sendiri). Itu maksud aku. Kita di Malaysia atau seantero Nusantara nih, menggunakan Mazhab apa?

Muhammad bin Idris al-Syafii a.k.a. Mazhab Syafii / Imam Syafei. pahey dok?



ok. done with that part. Now, jom selesaikan apa patut. hiks

6. Amerika = Arab Saudi, can I say that? 

benar, mereka sebenarnya tak sama dari segi beberapa faktor seperti cuaca, tempat, penganut mereka dan lain-lain, tap kat sini aku nak fokuskan perkara yang sama. Ok. Kereta dorang almost 90% sama! Maksud aku sama, kereta Polis, jenama kereta (fav car, GMC), Bas dorang.. dll! hurmmm part nih untuk kereta jelaa, Benda lain? Pepsi > Coca Cola. ini adalah paling KETARA! gitew...

tapikan, life dorang sangat simple, tapi gila cool. sebab apa? Kereta dorang guna, takde roadtax, takde insurans. So, kalau guna keter tuh, sampai hancur / rosak / tanak guna. hurmmm sebab apa? Sebab keter dorang MURAH! hiks

7. Pembesaran Masjidil al-Haram entah bila siap. 

ok, for this part I admit it sebab kat sana kerja pembinaan tak pernah berhenti / siap. Apa masalah depa pon aku tak tahu. Hahahahah! tapi, makin besar, makin diperluaskan, makin cantik lah der.. tak tipu punyer. lol 



ada sebahagian tempat di Masjidil al-Haram nih dah siap, dan Alhamdulillah aku berkesempatan solat disana waktu Solat Jumaat. sangat besar. sangat luas. dan sangat cantik! Tapi pedih disebabkan masih dalam keadaan penyelenggaraan, keadaan sangat berhabuk / berdebu dan aku dapat batuk teruk kesan daripada situ. lewlz 



8. tak akan nampak Tabung Masjid! 

ini adalah salah satu perkara aku tertanya hinggalah dijawab oleh bapak aku sendiri. Mana tak nya, aku nak sedekah, ingat nak letaklah dalam tabung masjid selain nak derma pada pakcik cleaner, dok jalan sana sini keliling Masjidil al-Haram / Masjid Nabawi.. hurmm kecewa! Sebab langsung takde. Terbaik Kerajaan Arab Saudi kerana mereka memberikan dana hasil Kerajaan sendiri untuk kedua-dua masjid nih. 



tapi harituh aku pergi jugak Masjid Terapung, Laut Merah, Jeddah... pon sama jugak. Takde tabung! Hahahahah! jadi, aku membuat konklusi aku sendiri bahawa semua masjid di Arab Saudi adalah dibawah tanggungan dan tanggungjawab Kerajaan Arab Saudi. hewhewhew.. boleh ke guna konklusi aku nih? hiks *betulkan kalau aku salah, lewlz*



9. para Cleaner ghamai giler!

adalah harituh, tengah dok sembang pasal cleaner Masjidil al-Haram dan Masjid Nabawi nih tersangatlah laju buat kerja mereka, bertugas dengan penuh sabar dan pantas dan gempak! Hahahahah.. tibe ada sorang jemaah nih kata, dia dapat sumber yang agak boleh dipercayai fasal cleaner kat dua-dua masjid nih ada dalam 20 ribu orang bekerja! 


ya Rabbi.. ramai macam tuh sekali ya pekerja pembersihan dua-dua masjid nih. semoga Allah berkati mereka di dunia dan akhirat, Ameen. Sebab apa? tugas mereka tu sangat mulia kerana membersihkan rumah Allah. Alhamdulillah.. mostly, staff situ adalah dari Bangladesh, Pakistan dan Indonesia pon ada kot. Bangga! Hahahahah.. dan rasanyalah, depa sume nih dapat gaji ikot hari kot. Settle kerja, settle shift, dapat gaji. Alhamdulillah.. 



10. Orang asing > Lokal kot. lol

ok. itu apa aku perasanlah. Sebab pergi mana-mana kawasan dua-dua masjid tuh, mesti macam tuh. Aku tak tipu. Mostly aku perasan, sek sek belah Bangladesh, Pakistan, India dll. Dan belah Nusantara, mostly konfemlah orang Indonesia. Mereka sangat ramai. Hinggakan kadang kala peniaga pon bukan lokal, orang asing siap dok kecek Malay lagi. hurmmm.. 


Bukan nak cakap lokal / orang tempatan takde kat situ, cuma kewujudan mereka tuh sangat kecil dan minima. Mungkin. Maybe. Aku bukan nak pertikaikan, cuma nak lebih muhasabah diri, bahawasanya mereka ini adalah Agama Islam, sama seperti aku walaupun kita berlainan Bangsa dan Negara. dan aku memang tak boleh bayangkan betapa ramai umat manusia disana berhimpun apatah lagi di Padang Masyar.. ya Rabbi..

Jadi, itu sahaja kisah aku nak sampaikan. ermmm clishe lagi. hiks 

semoga Allah merahmati kita semua dan diberkati. Ameen. Jika ada apa persoalan dan pertanyaa yang ingin tanya berkaitan dengan trip aku buat Umrah nih, boleh inshaaAllah akan dibalas. semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Ameen.



maka, berakhir citer pasal aku buat Umrah. Next post pasal apa? Kene tunggulah! Semoga entri aku kali ni memberi pendidikan buat kalian. Ameen. 



Bye! 

No comments:

Post a Comment