Saturday 14 March 2015

#ZebraLakaLakaFT 1

Assalamualaikum!

sebelum nak terjah kedalam lagi tentang tajuk diatas, just for info dah hampir 2 minggu masuk kejer, alhamdulillah rezeki ini Allah nak berikan. Syukur! walaupun kontrak, tapi kalau nak kata itu rezeki, memang Allah tetap nak berikan jugak kan? itulah! so, rasa mcm nak kasi qoute of the day lah harini.. Hahahaha.. ok, ianya berbunyi begini;

Hidup adalah Ketentuan, tetapi
Kehidupan adalah Pilihan.

haaa, fahamkan? jadi kita sebagai manusia yang masih diberi peluang haruslah menggunakan peluang kehidupan ini ntuk apa? membuat perkara2 yang baiklah! inshaaAllah, dan semoga perkara itu Allah perkenankan selalu. ok dah! 

back to story line, Bismillah..

harini, seperti tarikh diataslah deknon! Hahahah.. adalah join 1 tournament nih, Piala Ayahanda ke pebenda tah, Hahahaha.. nama pelik2 jelaa bdk2 nih pilih. tapi takperlah, asalkan adakan daripada takde? yedok? huhuhuh.. ok, let me intro player of the Zebra Laka Laka Futsal Team



Yo | Anas | Nas | Acap | Sufi | Boy | Pjot | Mantoi

hasil perbincangan semalam, kitorang telah melantik Yo sebagai kapten kali ini. well done bro, kau buat keje dgn baik! daripada sebelum tournament hingga habis. *bigclap* jadi, hasil daripada permulaan hingga pengakhiran? Alhamdulillah, syukur dan seronok! Hihihihi..

ok, pertama yang aku risaukan, komitmen! tapi alhamdulillah, aku jaga dorang suh tidur awal semua, dan segalanya berjalan dengan baik. masa nak berjumpe pun sama. Cuma, call time adalah diantara jam 0730 hingga 0745, tapi masing2 datang jam 0800. ok, fine. Hahahaha.. 

dan, bila dah smpai sana (tempat game, VRox!) sume dah get ready, register bagai sume. wah, syukur sangat sebab tiada masalah timbul. cuma, penganjur yang bermula agak lambat, aku tak tahu apa masalah dia. and role game plak, 5-1-5. sekejap, tapi terasa SANGAT LAMA! Hahahah.. 

So, overall kita punya game? ok. ni keputusan dia! 

ZLLFT 2-1 X FACTOR FT (3 Mata )
ZLLFT 1-3 PSYKICK FC   ( 3 Mata )
ZLLFT 2-0 RTF FT          (3 Mata )                  Total : 6 Mata 

Jadinya, kami layak ke suku akhir ntuk game seterusnya! ahaaak! ini paling tak leh blaa, seperti kitorang jangka memang akan lawan RJCAPERO, team ni gempak plak! hahahah.. so, kitorang mmg dah set mind 2 perkara sahaja. kalau rasa kita akan kalah, start main gelak2.. kalau rasa nak menang, main parking bus. tuh, strategik! Hahahaha..

#iRedha ! sebab kami kalah (1-3). tapi kami bangga sebab berjaya buat dorang risau, resah dan sebagainya! hihihihi.. masa game ni, aku tak boleh blah! hahahah.. setepek bola kene kat muka, padah kau nak sangat dive lawan. Hihihihi.. so, adalah kesan kat muka bawah mata ni haa, tapi aku pelik kenapa belah kiri, bukan kanan sebab kene mata belah kanan kot. huhuhuh.. apa2 pun, aku puas! itu je boleh cakap.. :)



so, buat masa ni itu jelaa entry kali ni. Selamat semua! inshaaAllah! :)


No comments:

Post a Comment